awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri UMNO Kelantan sokong pendirian tidak bersama Pas negeri

Bernama
Bernama
24/01/2022
04:25 MYT
Puteri UMNO Kelantan sokong pendirian tidak bersama Pas negeri
Puteri UMNO Kelantan berkata, pendirian tegas tersebut dibuat tanpa menidakkan hak dan kepentingan rakyat. - Gambar fail BERNAMA
KOTA BHARU: Seramai 25,000 ahli Puteri UMNO Kelantan sebulat suara menyokong pendirian UMNO negeri yang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Pas negeri.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri Marzuani Ardila Ariffin berkata pihaknya menghormati keputusan Pas Kelantan yang walak kepada keputusan Pas Pusat.
"Pendirian tegas ini dibuat tanpa menidakkan hak dan kepentingan rakyat, malah UMNO Kelantan turut bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Pas Kelantan dalam apa jua yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat di negeri ini khususnya.
"Apa jua yang berlaku, pintu rundingan tidak pernah tertutup. Budi bicara, kepentingan ummah menjadi panduan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Marzuani Ardila berkata dalam meneruskan perjuangan parti, satu keputusan perlu dibuat untuk menentukan hala tuju dan gerak kerja parti dengan lebih baik.
Sabtu lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata UMNO Kelantan membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Pas negeri berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata keputusan dibuat selepas pertemuan antara Biro Politik UMNO Kelantan dan Dewan Harian Pas Kelantan gagal mencari kata putus berhubung kerjasama kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puteri UMNO Kelantan
#putus hubungan
#Pas Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan