ISKANDAR PUTERI: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Sebaliknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
"Saya tak pernah dengar (dakwaan Pas ditawarkan masuk Kerajaan Perpaduan) (sedangkan) saya adalah antara tiga individu dalam PKR yang banyak merundingkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selain (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Setiausaha Agung PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini hari ini.
BACA: Hadi sedia jumpa sesiapa sahaja termasuk Anwar
Semalam, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh "orang tertentu" yang didakwa menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail/Astro AWANI

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.

Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.

PN tumpu bahas Ekonomi Madani pasca PRN - Dewan Pemuda PAS
Bergerak ke hadapan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada membahas isu-isu rakyat.

"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.

Ahmad Zahid optimis gabungan PH-BN Selangor dapat majoriti besar
Ahmad Zahid optimis gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN mampu mencapai kemenangan dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

PRN: Pas arahkan ahli beri komitmen untuk pastikan PN menang
Takiyuddin Hassan menegaskan ahli-ahli parti itu hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan pemimpin parti itu, khususnya jabatan pilihan raya.

Pemimpin parti politik sedih dengan pemergian Salahuddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia malam Ahad.

Mursyidul Am Pas nasihatkan Sanusi jaga ucapan
Hashim berkata, Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.