awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais Yatim sertai PPBM

Bernama
Bernama
04/06/2018
15:16 MYT
Rais Yatim sertai PPBM
Penyerahan kad kepada bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu dibuat sejurus Dr Mahathir selesai menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. - Gambar fail
Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Dr Rais Yatim kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Simbolik penyertaan beliau ke parti berkenaan dibuat dalam satu majlis Iftar PPBM apabila Pengerusi PPBM merangkap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan kad keahlian PPBM kepadanya.
Penyerahan kad kepada bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu dibuat sejurus Dr Mahathir selesai menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merangkap Menteri Besar Kedah, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.
Rais sebelum ini menyatakan beliau sedia menerima apa jua keputusan UMNO walaupun perlu berhadapan pemecatan sekiranya isu berkaitan disiplin dan melanggar etika dapat dibuktikan.
Ia ekoran kelantangan beliau mengkritik kepimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iftar PPBM
#parti politik
#politik
#PPBM
#Rais Yatim
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan