awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Kamarul Bahrin tuntut Ahli Parlimen PAS Terengganu tunjuk rekod kerja

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2015
01:04 MYT
Raja Kamarul Bahrin tuntut Ahli Parlimen PAS Terengganu tunjuk rekod kerja
RAJA KAMARUL: Selepas semua maklumat rekod tersebut dibentangkan, barulah rakyat dapat melihat prestasi kerja wakil rakyat mereka.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menuntut pesuruhjaya PAS Terengganu membentangkan rekod rasmi aktiviti ahli Parlimen PAS negeri itu.
Beliau menuntut lima perkara diperjelaskan kerana menurutnya kesemua pengundi termasuk ahli biasa PAS berhak mengetahui prestasi sebenar wakil rakyat mereka di Parlimen.
Raja Kamarul meminta penjelasan mengenai kehadiran harian ahli Parlimen termasuk beberapa jam sehari setiap sesi sejak PRU13 dari rekod kedatangan rasmi Parlimen sendiri.
Beliau juga meminta diperjelaskan kekerapan bilangan ucapan serta isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen PAS Terengganu dalam Dewan.
“Apakah prestasi sidang akhbar isu rakyat bagi setiap Ahli Parlimen Terengganu melalui kemudahan yang disediakan di Parlimen untuk keluaran media?” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Selain itu, Raja Kamarul mendesak jawapan tentang keterlibatan Ahli Parlimen Terengganu dalam aktiviti imbuhan berbayar lain semasa waktu sesi Parlimen sedang berjalan dari jam 10 pagi hingga tamat sesi malam, memandangkan mereka dibayar gaji khidmat Parlimen.
Beliau juga menuntut rekod kehadiran Ahli Parlimen Terengganu di Mesyuarat Pengurusan Mingguan Ahli Parlimen PAS di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Parlimen yang dipanggil oleh Ketua “whip” PAS Datuk Mahfuz Omar.
“Saya mohon Pesuruhjaya PAS Terengganu terlebih dahulu menyiasat perkara tersebut kerana kesemua Ahli Parlimen, yang bersidang hanya tiga kali setahun, dibayar gaji serta elaun untuk berkhidmat untuk rakyat,” kata beliau dalam kenyataan itu.
Menurutnya, setelah pesuruhjaya membentangkan maklumat tersebut, barulah rakyat dan pengundi boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya yang patut meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen.
“Saya juga mohon pesuruhjaya menjelaskan kenapa tiada Ahli Parlimen dari Terengganu yang berlatar belakang agama mengambil bahagian berucap pada 18 Jun 2015 hari akhir sesi Parlimen.
“Pada waktu itu, Datuk Mahfuz menimbulkan kegagalan kerajaan dan parlimen dengan membentangkan Akta Pindaan Enakmen Syariah Kelantan 355 Hudud di Parlimen,” ujarnya.
Raja Kamarul meminta penjelasan itu dibuat dalam masa 14 hari dan selepas itu barulah hukuman boleh dibuat dengan sewajarnya.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#PAS
#Raja Kamarul Bahrin
#rekod aktiviti
#tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan