Isu proses peralihan kuasa perlu dihentikan kerana ia dilihat mengganggu perjalanan kerajaan dalam melonjak keyakinan masyarakat dan sektor ekonomi negara ketika negara berada di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.
Tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) perlu membuat keputusan bagi menentukan proses peralihan kuasa Perdana Menteri.
“Keputusan perlu dibuat oleh Majlis Presiden bagi menentukan bila dan bagaimana proses peralihan kuasa Perdana Menteri itu akan dilakukan.
“Kalau kata sampai berakhirnya sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), maka sampai APEC sahajalah, jika sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) maka sehingga habis pilihan rayalah.
"Bagi saya itu adalah hak yang perlu dibincangkan sendiri oleh Majlis Presiden,” katanya ketika dihubungi oleh Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Polemik peralihan kuasa: Manifesto atau kredibiliti?
Beliau turut menyifatkan bahawa masih banyak perkara mustahak yang perlu dibincangkan oleh kerajaan berbanding isu peralihan kuasa kerana masyarakat tidak mementingkan siapa yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri.
“Masyarakat dan rakyat tidak kisah, bila peralihan, dan siapa yang hendak dijadikan sebagai Perdana Menteri, bagi saya mereka inginkan sesuatu yang lebih baik.
“Tapi kalau hendak “ding-dong, ding-dong” (lengah-lengah) dalam keadaan tidak menentu ini rakyat akan bengang dan putus asa.
“Kerana rakyat melihat bahawa kerajaan ahli-ahli politik ini tidak habis-habis hendak membincangkan masalah peralihan kuasa padahal rakyat sudah beri kuasa” tambahnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa isu Akuan Bersumpah (SD) yang menyokong Tun Dr Mahathir menjadi PM sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sebagai khabar angin.
BACA: Anwar tidak tahu wujud akuan bersumpah halang jadi PM
BACA: Tun M tidak terlibat dalam akuan berkanun, janji serah jawatan - Anwar Ibrahim
BACA: SD sokong Tun M hanya khabar angin - Saifuddin
Faris Danial Razi
Fri Feb 14 2020
Rakyat melihat bahawa kerajaan ahli-ahli politik ini tidak habis-habis hendak membincangkan masalah peralihan kuasa padahal rakyat sudah beri kuasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Rakyat sudah beri kuasa ... cukup-cukuplah berbincang mengenai peralihan kuasa' - Mahfuz
Keputusan perlu dibuat bagi menentukan proses peralihan kuasa Perdana Menteri itu, bila dan cara bagaimana proses itu perlu ditentukan.