SAYA perlu menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah berbincang mengenai hal ini pada petang 16 Ogos, sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan.

Kita telah mengambil kira semua pandangan mengenai calon Perdana Menteri dalam mesyuarat tersebut.

Tetapi, Tan Sri Muhyiddin tidak dapat hadir ke mesyuarat itu kerana kesibukan urusan setelah menghadap YDP Agong.

Kita juga memutuskan bahawa hasil mesyuarat itu akan dibentangkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Faizal Azumu kepada Tan Sri Presiden untuk keputusan akhir yang akan diangkat ke perbincangan dengan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional. 

Selepas mesyuarat MPT, satu perbincangan juga telah diadakan dengan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu untuk mengambil kira pandangan mereka. 

Jadi proses dalam Bersatu, ini adalah satu konsultatif yang telus dan melibatkan semua pihak berkepentingan.

Kami rasakan inilah yang sebaiknya kerana dalam Bersatu, kita sentiasa mencari kata sepakat supaya kita bergerak dalam satu pasukan yang harmoni.

Semua input ini telah dibentangkan kepada Tan Sri Presiden.

Kita turut menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden parti untuk membuat keputusan akhir yang sudah pasti akan diumumkan apabila tiba masanya.

Saya turut berharap semua ahli-ahli Bersatu dapat bertenang dan memberi kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. 

Saya juga menyeru semua rakyat agar memberikan kepercayaan penuh kepada kebijaksanaan YDP Agong untuk membuat keputusan yang betul berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Datuk Wan Saiful Wan Jan merupakan Ketua Penerangan Bersatu. 

** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.