awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2023
01:15 MYT
Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai
Replika wau gergasi di pekarangan kediaman Khairul Anuar di Felda Kemasul, Pelangai. - Foto Sinar Harian
BENTONG: Dua replika wau gergasi dengan lambang bendera Perikatan Nasional (PN) dan Pas di Felda Kemasul, Pelangai di sini mencuri tumpuan sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Salah satu replika bersaiz 25x28 kaki ditempatkan di persimpangan masuk Felda Kemasul, manakala satu lagi replika bersaiz 22x25 kaki ditempatkan di pekarangan kediaman penduduk.
Wau gergasi itu adalah hasil kerja tangan pesara tentera, Khairul Anuar Ab Hamid, 44, yang berasal dari Kelantan.
Khairul Anuar. - Foto Sinar Harian
Khairul Anuar. - Foto Sinar Harian
Menurutnya, dia melakukan persiapan untuk membuat replika wau gergasi itu sebelum Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh PRK tersebut lagi.
"Isteri saya orang Felda ini, jadi apabila saya bersara tentera, saya terus menetap di sini.
"Saya nak bawa budaya kemeriahan pilihan raya seperti di Kelantan ke Pahang. Saya nak anak-anak muda di Pahang ini mengenali budaya dan tradisi ini," katanya kepada Sinar Harian.
Rangka replika wau gergasi dibuat terlebih dahulu. - Foto Sinar Harian
Rangka replika wau gergasi dibuat terlebih dahulu. - Foto Sinar Harian
Tambahnya, tempoh kira-kira seminggu diperlukan untuk menyiapkan setiap satu rangka replika yang diperbuat daripada buluh itu sebelum proses 'menyarung' lambang bendera dilakukan.
Katanya, kerja-kerja membuat rangka dilakukan sendiri manakala proses lain termasuk mengangkat dilakukan beramai-ramai dengan dibantu oleh kira-kira 20 anak muda dan warga Felda Kemasul.
"Habis PRK nanti saya bercadang untuk pasangkan hiasan di wau gergasi ini untuk tarikan Felda Kemasul jika peneroka setuju," katanya.
Dua replika wau gergasi dengan lambang bendera Perikatan Nasional (PN) dan Pas di Felda Kemasul, Pelangai curi tumpuan. - Foto Sinar Harian
Dua replika wau gergasi dengan lambang bendera Perikatan Nasional (PN) dan Pas di Felda Kemasul, Pelangai curi tumpuan. - Foto Sinar Harian
Ditanya mengenai kos yang dikeluarkan, Khairul berkata, hampir RM1,000 modal diperlukan untuk setiap satu replika.
"Saya gunakan dana sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#DUN Pelangai
#replika wau
#Felda Kemasul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan