awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin

Assim Hassan
Assim Hassan
02/03/2021
06:42 MYT
Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Rozman menyangkal dakwaan bahawa beliau meninggalkan Warisan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan sekali gus menyangkal dakwaan bahawa beliau meninggalkan Warisan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tidak, saya tidak keluar Warisan dan menyokong Muhyiddin.
"Saya sebagai Ketua Whip Warisan, saya memantau ahli-ahli Parlimen Warisan yang lain dan saya tegaskan di sini saya masih bersama Warisan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini nafi akan keluar PKR
Dakwaan yang menyatakan Rozman akan keluar parti timbul selepas dua Ahli Parlimen PKR, Larry Sng dari Julau, Sarawak dan Stephen Choong dari Tebrau, Johor, bertindak keluar parti pada Ahad lepas dan menyatakan sokongan penuh kepada Muhyiddin.
Selain itu, Rozman menjelaskan tiada mana-mana Ahli Parlimen Warisan yang akan bertindak meninggalkan parti dan menyokong Muhyiddin.
Topic Berkaitan
#Rozman Isli
#Ahli Parlimen Labuan
#Warisan
#Ketua Whip Warisan
#keluar Warisan
#Sokong Perikatan Nasional
#Perikatan Nasional
#Sabah
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan