awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini nafi akan keluar PKR

Bernama
Bernama
02/03/2021
05:36 MYT
Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini nafi akan keluar PKR
Awang Husaini meminta semua ahli PKR Sabah khususnya di kawasan Putatan tidak mempercayai tuduhan berkenaan. - Facebook YB Awang Husaini
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tuduhan beliau akan melompat parti itu, katanya, tidak berasas dan hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baiknya.
"Saya tidak tahu dari mana mereka dapat maklumat itu...namun saya berterima kasih kerana mereka buat saya 'popular'," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli PKR Sabah khususnya di kawasan Putatan tidak mempercayai tuduhan berkenaan yang menurutnya hanya bertujuan mahu memecah-belahkan parti berkenaan.
"Saya nasihatkan agar jangan sesekali mendengar atau percaya apa yang ditulis dalam laman web kerana itu hanya tuduhan semata-mata," tegasnya.
Dakwaan yang menyatakan Awang Husaini akan keluar parti timbul selepas dua Ahli Parlimen PKR, Larry Sng dari Julau, Sarawak dan Stephen Choong dari Tebrau, Johor, bertindak keluar parti pada Ahad lepas dan menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#lompat parti
#tuduhan
#popular
#Awang Husaini Sahari
#Ahli Parlimen Putatan
#nafi
#Tidak Berasas
#pecah-belah parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan