awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Arthur Kurup sedia bertanding pada PRN Sabah

Assim Hassan
Assim Hassan
10/08/2020
01:01 MYT
Sabah Memilih: Arthur Kurup sedia bertanding pada PRN Sabah
Arthur yang juga Timbalan Presiden PBRS bagaimanapun menjelaskan ia terserah kepada keputusan pucuk pimpinan parti.
Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup bersedia untuk berkhidmat sekiranya beliau dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu bagaimanapun menjelaskan ia terserah kepada keputusan pucuk pimpinan parti.
"Sekiranya saya dipanggil (bertanding) saya sedia untuk berkhidmat. Setakat ini saya belum dapat apa-apa arahan daripada pucuk pimpinan. Saya serahkan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program penunaian Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Mobile Community Services: Mobile River di Pengalungan di sini.
Untuk rekod, terdapat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu iaitu DUN Tulid di kawasan Parlimen Pensiangan. Ini menjadikan kawasan parlimen itu mempunyai tiga DUN iaitu Sook, Nabawan dan Tulid.
Mengulas mengenai persediaan PRN Sabah, Arthur menjelaskan, PBRS akan berbincang dengan pucuk pimpinan di peringkat Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenai pengagihan kerusi secara baik.
Katanya, apa yang penting, PBRS mahupun BN dan PN akan menawarkan khidmat yang terbaik untuk rakyat Sabah.
"Persediaan ini sedang berjalan dengan rapi. Mesyuarat dan rundingan akan (diadakan) dalam satu ke dua minggu ini dan ia adalah sebagaian daripada persediaan kita menghadapi PRN Sabah," katanya.
Topic Berkaitan
#Arthur Joseph Kurup
#Barisan Nasional
#Joseph Kurup
#Parlimen
#Parti Bersatu Rakyat Sabah
#PBRS
#Pengalungan
#Pensiangan
#pilihan raya
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan