awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/08/2020
12:18 MYT
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Ahmad Zahid ditemui selepas majlis ramah mesra bersama pengundi India di Kampung Baru Slim, pada Ahad.
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon pada 12 September depan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan diadakan antara beberapa parti termasuk MCA, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Katanya, rundingan itu antara lain untuk memastikan hanya pertandingan dua penjuru berlaku bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.
"Insya-Allah kita akan membentuk gabungan semua parti-parti ini bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) Sabah.
"Ini supaya terdapat satu gabungan hanya parti-parti politik di Sabah dan kami akan mengemukakan the new deal melalui manifesto khusus bagi pengundi-pengundi negeri Sabah," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis ramah mesra bersama pengundi India di Kampung Baru Slim, pada Ahad.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Ketua Koordinator PRN Sabah bagi membantu jentera pilihan raya BN Sabah.
Pada 17 Ogos, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 12 September manakala 22 September tarikh pengundian awal dan hari mengundi pada 26 September.
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#BN
#gabungan
#hamidi
#parti
#PolitikSabah
#SABAHMEMILIH
#SlimMemilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan