awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabar! Bukan masa sesuai tukar kerajaan - Penganalisis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/07/2021
09:11 MYT
Sabar! Bukan masa sesuai tukar kerajaan - Penganalisis
Jeniri memberitahu, pemimpin politik perlu meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan kuasa dan agenda masing-masing.
KUALA LUMPUR: Menumbangkan kerajaan ketika tempoh kritikal ini tidak akan menjamin bahawa krisis politik yang melanda negara boleh diselesaikan secara tuntas.
Sebaliknya, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir berpendapat, ia hanya akan membelakangkan rakyat yang sedang bergelut dengan COVID-19 serta ekonomi yang terancam.
Katanya, persidangan Parlimen yang bakal diadakan dalam masa terdekat seharusnya digunakan untuk mencapai ksepakatan untuk memastikan tidak berlaku usaha menukar kerajaan.
"Persoalannya jika berpaksikan jujur, ikhlas dan objektif, jika berlaku perubahan dari segi kepimpinan, berupayakah kita menjamin tidak berlaku krisis politik selepas ini?
"Ini bukan masa yang sesuai untuk mengubah kerajaan yang sedia ada, sabar ada setahun setengah lagi. Kita harus letakkan kepentingan negara, kepentingan rakyat.
"Rakyat sedang menilai, mereka menderita, rakyat sedang sengsara. Mereka mahu kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang untuk menyelesaikan masalah yang menghimpit mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Jeniri memberitahu, pemimpin politik perlu meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan kuasa dan agenda masing-masing.
Katanya, jika berlaku perubahan kepimpinan sekalipun, pihak pembangkang akan terus memberi gambaran kerajaan semasa tidak berupaya menangani isu yang membelenggu negara.
"Jika perkara itu tidak dapat dielak, maka saya menyarankan agar ahli akademik dan golongan profesional dimasukkan dalam kepimpinan baharu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pembangkang
#Parlimen '
#kerajaan
#tukar kerajaan
#golongan profesional
#Perdana Menteri
#akademik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan