awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Santhara Kumar masuk PBM? 'Saya tidak tahu' - Zuraida

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2022
10:21 MYT
Santhara Kumar masuk PBM? 'Saya tidak tahu' - Zuraida
Pada Jumaat, sebuah portal melaporkan, Santhara (gambar) sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada Bersatu kepada Hamzah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak mengetahui berhubung 'percaturan' politik Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Santhara Kumar, yang dilapor menghantar surat kepada kepimpinan Parti Pribumi Bersatua Malaysia (Bersatu) pada Jumaat.
Presiden pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beliau juga setakat ini belum mengadakan sebarang pertemuan atau menghubungi Santhara yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya.
"Saya tak tahu... saya tak jumpa dia lagi," katanya ketika ditanya adakah Santhara akan menyertai PBM.
Ditanya sama ada beliau menghubungi Santhara, Zuraida hanya berkata: "Belum apa-apa lagi,".
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi walkabout menjelang persiapan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan Santhara didakwa menyerahkan surat untuk keluar parti kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bagaimanapun memetik Sinar Harian, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, laporan mendakwa Santhara sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada parti adalah tidak benar.
Sebaliknya, Wan Saiful berkata isi kandungan surat yang dikemukakan Santhara didakwa hanya menyentuh mengenai hasrat beliau yang mahu melepaskan jawatan sebagai Ketua Sayap Bersekutu.
Tambah beliau, permintaan Santhara akan dipertimbangkan oleh pimpinan atasan parti dengan sebaiknya.
Santhara antara 10 Ahli Parlimen yang mengikut jejak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk keluar PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.
Beliau kemudian berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Santhara Kumar keluar Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#Santhara hantar surat
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan