awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak peroleh manfaat jika Datuk Bandar Wee ada dalam DUN - Abang Jo

Bernama
Bernama
11/12/2021
23:56 MYT
Sarawak peroleh manfaat jika Datuk Bandar Wee ada dalam DUN - Abang Jo
Poster Wee dinaikan di Padang Merdeka berlatar belakang Pokok Kekabu berusia 93 tahun yang masih teguh berdiri ketika tinjauan sempena PRN Sarawak ke-12 di Kuching, 10 Dis 2021. --fotoBERNAMA
KUCHING: Sarawak akan memperoleh manfaat yang besar jika Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata Wee, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Padungan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, adalah seorang Datuk Bandar berpengalaman dengan banyak idea bernas yang mampu membawa lebih banyak kebaikan kepada negeri itu.
"Ada orang cakap Wee seorang Datuk Bandar yang amat hebat, jadi mengapa tidak minta beliau untuk jadi Datuk Bandar sahaja.
"Jadi, saya cakap dia banyak idea, mengapa tidak beri peluang kepadanya untuk berada dalam DUN kerana semua orang di Sarawak akan mendapat manfaat.
"Jangan pernah terpedaya dengan fikiran sebegini... jangan undi Datuk Bandar Wee, nanti kita akan kehilangan Datuk Bandar kita.
"Sebenarnya beliau boleh jadi ADUN dan pada masa yang sama, beliau juga boleh jadi Datuk Bandar," katanya ketika berucap pada pelancaran projek pembangunan semula kolam renang Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam.
Wee akan menentang Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Pengarah Pilihan Raya Parti Bumi Kenyalang (PBK) Raymond Thong dan Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Lina Soo di DUN Padungan.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada 18 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#Wee Hong Seng
#PRN Sarawak
#DUN Padungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan