awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya ada bukti dan fakta anggota Amanah kembali sokong PAS" - Takiyuddin

Bernama
Bernama
10/02/2016
08:30 MYT
"Saya ada bukti dan fakta anggota Amanah kembali sokong PAS" - Takiyuddin
Takiyuddin meminta kepimpinan Amanah untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat. - Gambar Fail
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada anggota Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.
Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan Amanah untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
"Saya sebut (ada anggota Amanah sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah.
"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.
"Amanah perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini.
Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal online berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Baharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Khalid Samad
#Mohamad Sabu
#Parti Amanah Negara
#PAS
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan