awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencemaran Sungai Sayong: JAS Johor, Jabatan Perikanan jalankan siasatan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Agong berangkat melawat Saint Petersburg, kota bersejarah Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya berhenti bertanding pilihan raya sebelum umur 93' - Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
18/03/2018
09:30 MYT
'Saya berhenti bertanding pilihan raya sebelum umur 93' - Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau tidak akan bertanding lagi seandainya umurnya mencecah angka sedemikian. - BERNAMA/Fail
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan akan berhenti bertanding di dalam pilihanraya lebih awal sebelum berusia 93 tahun.
Dalam nada jenaka, Timbalan Perdana Menteri memberitahu beliau tidak akan bertanding lagi seandainya umurnya mencecah angka sedemikian.
Jelasnya, pelapis kedua dan ketiga politik juga sudah disediakan di Bagan Datuk.
"Saya tidak mahu untuk bertanding lagi. InshaAllah saya berhenti sebelum umur saya 93 tahun.
"Cukuplah, cukuplah, bagi pada anak-anak Bagan Datuk yang lain sebab saya menyediakan pelapis kedua dan ketiga kepimpinan politik Bagan Datuk. Saya tidak mahu menongkat langit," katanya pada majlis Aspirasi TN50@Bagan Datuk di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.
BACA: Di mana Tun Mahathir nak bertanding?
BACA: Allah panjangkan umur Dr Mahathir untuk lihat kerosakan dilakukannya - Mohd Amar
Ahmad Zahid yang kini berumur 65 tahun berkata, paling penting kini adalah menyediakan perkhidmatan terbaik walaupun hasil pembangunan itu hanya dinikmati pada 2050.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Ahmad Zahid memenangi kerusi Bagan Datuk dengan 17,176 undi, menewaskan calon PKR, Madhi Hasan yang memperoleh 15,068 undi.
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir memberi isyarat mungkin bakal bertanding dalam PRU14.
Namun, bekas perdana menteri yang kini berusia 93 tahun itu enggan memaklumkan kerusi mana yang akan ditandinginya sebaliknya hanya memberi bayangan di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU14
#TN50
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan