awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien

Bernama
Bernama
28/09/2024
22:00 MYT
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Syed Hussien yang baharu diumumkan sebagai ADUN Mahkota oleh Suruhanjaya Pilihan Raya selepas memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota meraikan kemenangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Kluang, semalam. --fotoBERNAMA
KLUANG: "Saya berjaya lakukannya bersama seluruh pasukan saya," itu ungkapan yang mahu diluahkan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah kepada bapanya selepas disahkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam.
Disebabkan itu, Syed Hussien berkata perkara pertama yang akan dilakukan beliau hari ini ialah menziarahi pusara bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid, 67, yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
"Saya nak bagitau bah (ayah), saya berjaya lakukan bersama seluruh pasukan saya," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini malam tadi.
Syed Hussien berkata beliau juga berazam mahu meneruskan politik baharu bersifat kekeluargaan, yang menjadi fokus sepanjang 14 hari berkempen pada PRK itu, dengan dirinya kerap menggelar penduduk DUN Makota sebagai "keluarga besar".
Selain itu, beliau berharap tiada pihak mengamalkan lagi politik tidak sihat seperti mengata atau menuduh sebarangan selepas ini.
"Bagi mengelakkan perpecahan kita cantumkan (semula) sebagai satu kumpulan yang boleh bekerjasama," katanya.
Syed Hussien juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta jentera parti BN dan Pakatan Harapan (PH) yang banyak membantunya pada PRK itu.
PRK itu menyaksikan BN mengekalkan DUN Mahkota menerusi Syed Hussien yang menang bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, selepas memperoleh 27,995 undi jauh meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar mendapat 7,347 undi.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#Syed Hussien Syed Abdullah
#ADUN Mahkota
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan