awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya bukan pengkhianat, sebaliknya saya 'ditikam' - Azmin Ali

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2023
03:30 MYT
Saya bukan pengkhianat, sebaliknya saya 'ditikam' - Azmin Ali
Bercakap dalam program Keluar Sekejap malam tadi, Mohamed Azmin mendakwa, ketika di dalam PKR, beliau dinafikan banyak perkara, termasuk ketika PH berjaya mentadbir Kerajaan Persekutuan pada 2018. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa beliau ialah pengkhianat dalam PKR.
Sebaliknya, bekas Menteri Besar Selangor itu mendakwa, beliau 'ditikam' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipecat dari parti itu.
“Saya dilantik oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad), bukan Anwar. Sekali lagi, ini bukti yang menunjukkan dia tidak mahu saya lebih berjaya daripada dia.
“Dia tikam belakang saya. Dia pecat saya. Saya tidak pernah lompat parti. Ini rekod yang saya nak pertahankan. Tidak benar kalau ada laporan (yang berbunyi) ‘semenjak Azmin meninggalkan Keadilan’.
"Apa sebab saya tinggalkan parti, walhal dua pertiga kumpulan saya menang dalam pemilihan parti? Tetapi, oleh kerana Keadilan cukup tidak demokratik, tidak boleh menegur Presiden, maka kami dipecat,” jelasnya.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dilontarkan Shahril Hamdan berkenaan 'ketidakpercayaan' Anwar terhadapnya, menerusi siaran podcast Keluar Sekejap pada malam tadi.
Jelas Mohamed Azmin, beliau dinafikan dalam banyak perkara, termasuk ketika Pakatan Harapan (PH) berjaya mentadbir Kerajaan Persekutuan pada 2018.
Ujarnya, beliau tidak pernah disenaraikan untuk menyandang apa-apa jawatan walhal sebelum ini beliau merupakan timbalan presiden parti dan ahli paling lama dalam parti.
Untuk rekod, pada Februari 2020, Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Azmin dipecat sebagai anggota parti.
Keputusan tersebut dilaporkan dibuat susulan tindakan Azmin yang ketika itu disifatkan sebagai 'satu pengkhianatan terbuka' dan mampu menjejaskan kestabilan PH.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#PKR
#pengkhianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan