awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
02/06/2018
10:20 MYT
'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
RAFIZI: Saya dulu selamba je keluar masuk lokap; itu asam garam berjuang. -Astro AWANI/ SHAHIR OMAR.
“Saya dulu selamba je keluar masuk lokap; itu asam garam berjuang.”
Itu kata sinis Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang ditujukan kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang kini diburu polis setelah menghilangkan diri.
Rafizi menerusi laman Twitternya meminta supaya Jamal berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis.
Katanya, Jamal sepatutnya yakin dengan integriti dan ketelusan pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugas.
“Saya nasihatkan Dato Jamal pulanglah dan lapor diri ke balai polis.
"Mereka tidak akan apa-apakan Dato Jamal.
"Mereka tahu mereka dipantau rakyat."
Saya nasihatkan Dato Jamal pulanglah dan lapor diri ke balai polis @PDRMsia Mereka tidak akan apa2kan Dato Jamal. Mereka tahu mereka dipantau rakyat. Saya dulu selamba je keluar masuk lokap; itu asam garam berjuang. Pulanglah Dato Jamal.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) June 2, 2018
Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal berkuat kuasa semalam setelah gagal tampil memberikan kerjasama berhubung siasatan polis.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut meminta kerjasama pihak berkuasa Indonesia untuk membantu memburu Jamal susulan dakwaan yang dia kini berada di Indonesia.
BACA: Polis akan cari Jamal sampai ke lubang cacing
BACA: Mahkamah Majistret Ampang keluar waran tangkap ke atas Jamal
Sehingga kini, Pengerusi Gerakan Baju Merah itu sudah didakwa atas tiga kesalahan iaitu mempamerkan senjata api serta dua kesalahan ketika di Hospital Ampang Puteri, Ampang pada 25 Mei lalu dan masih mempunyai baki enam kes yang belum dituduh.
Pengerusi Gerakan Baju Merah itu sudah didakwa atas tiga kesalahan termasuk mempamerkan senjata api.
Pengerusi Gerakan Baju Merah itu sudah didakwa atas tiga kesalahan termasuk mempamerkan senjata api.
Bagaimanapun, Jamal meghilangkan diri selepas diberikan ikat jamin dan tidak sempat untuk menyelesaikan proses berkenaan.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Jamal Md Yunos
#Rafizi Ramli
#waran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan