Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu UMNO sentiasa dalam kesepaduan dan enggan melihat parti itu bercelaru.
Presiden parti itu berkata perkara itu antara yang sentiasa mengganggu fikiran beliau, khususnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU 2015).
PAU 2015 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini mulai esok hingga Sabtu ini.
"Saya mahu parti kita padu...saya tidak mahu kita celaru dan tidak sehaluan...saya mahu rapatkan antara ahli parti," katanya dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen tempatan.
Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (M) Bhd, Media Prima Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.
Perdana Menteri berkata pada perhimpunan kali ini, perwakilan parti perlu memberi keyakinan kepada beliau dan kepimpinan parti kerana apa sahaja yang berlaku dalam perhimpunan itu akan menjadi perhatian banyak pihak.
"Suasana dalam perhimpunan akan dipandang, diteropong bukan sahaja oleh rakyat yang berada dalam dewan, tetapi juga mereka yang di luar negara.
"Imej parti perlu dijaga, mesti tunjukkan imej yang baik dan sebagai anggota parti yang berkuasa, kita mesti tunjukkan kita ini anggota yang penuh tanggungjawab dan boleh jaga kepentingan parti agar parti sentiasa disegani kawan dan lawan," katanya sebagai amanat kepada 2,762 perwakilan pada PAU 2015 itu.
Katanya pada perhimpunan kali ini akan diadakan pameran tentang pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan Aku Janji Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang mana menurut Najib hampir semua manifesto telah dipenuhi.
Berdasar prestasi itu, Najib yakin BN mempunyai peluang cerah untuk memperolehi kejayaan dalam PRU akan datang meskipun terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa dua tahun lagi.
"Jika kita tengok alternatif yang kita ada sekarang (pembangkang) pun dalam keadaan kucar-kacir. Saya rasa mereka pun mempunyai masalah untuk menentukan pemimpin mereka.
"Walapun saya akui kedudukan kita turun sedikit kerana terdapat isu yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu tetapi kita masih ada masa untuk menentukan," katanya.
Ditanya mengenai konspirasi dan tindakan beberapa cawangan UMNO untuk menjatuhkan beliau, Najib berkata: "Apa yang penting adalah saya mesti tunjukkan saya tidak lakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang dan moral."
Beliau juga yakin majoriti besar cawangan parti itu masih yakin dengan kepimpinan beliau dan kerajaan.
"Kita ada 20 ribu lebih cawangan UMNO dan mungkin beberapa cawangan yang tidak puas hati dengan kepimpinan bahagian seperti mereka mungkin kalah dan mereka ini cuba dipengaruhi untuk membuat kenyataan, berkumpul dan tunjuk rasa tidak puas hati.
"Kalau kita hendak mengumpulkan orang yang sokong, kita boleh kumpulkan jauh lebih ramai lagi," katanya.
Bernama
Mon Dec 07 2015
Presiden parti itu berkata enggan melihat parti bercelaru antara yang sentiasa mengganggu fikiran beliau, khususnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU 2015).
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.