“Tenang, ‘cool’ itu tips yang dikongsi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini apabila beliau berdepan dengan pencabar dalam pemilihan parti.
Kata Azmin saranan itu juga yang sering dititipkan bakal Presiden baharu PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya.
“Saya di sini bukan percuma dari dulu saya kena lawan Zaid Ibrahim, kemudian lawan Tan Sri Khalid Ibrahim lepas itu...”
“Rafizi pula (sekarang) tawar khidmat bertanding timbalan presiden, tapi tidak ada masalah saya cool dan tenang.
“Tapi biasanya orang yang tenang ini akan berjaya,” katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional ke 13 hari ini.
Ucapan beliau itu disambut tepukan gemuruh kira- kira 900 pewakilan yang hadir.
Antara lain dalam ucapannya Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga menekankan pentingnya kesetiaan ke atas presiden.
Sebagai contoh beliau mendedahkan Anwar pernah menyarankannya untuk menarik diri daripada mencabar Dr Syed Husin Ali yang memegang jawatan timbalan presiden ketika itu.
“Anwar datang kepada saya kata jangan lawan Syed Husin Ali itu pemimpin lama, cikgu saya.
“Bila beliau (Anwar) kata jangan kacau guru aku, kalau saya boleh tarik diri saya akan tarik diri, biasa adat resam tapi saya tetang dan cool,” katanya.
Pada masa sama beliau turut mengulas mengenai pemilihan PKR yang disifatkan ‘riuh’ namun ia sebenarnya perkara biasa dalam proses demokrasi.
“Ramai pihak mengadu pemilihan ini riuh, tapi saya nak rujuk kata Barack Obama demokrasi memang satu proses yang riuh.
“Janganlah kita gundah gulana macam dunia perang ketiga ini proses demokrasi, kalau ada pemimpin matang semua masalah boleh diselesaikan dengn baik dan bertanggungjawab," katanya.
Pemilihan PKR menyaksikan persaingan sengit antara penyandang Azmin dan pencabar Rafizi Ramli hingga menyebabkan hubungan kedua pemimpin itu agak tegang.
Bagaimanapun semalam Azmin memulihkan hubungannya dengan Rafizi apabila bersalaman dan memeluk pemimpin itu.
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil, Diyana Ibrahim
Sun Nov 18 2018

Kata Azmin saranan itu juga yang sering dititipkan bakal Presiden baharu PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya.

PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok
Keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Pengisytiharan darurat bertujuan mengekang COVID-19
PM sekali lagi menegaskan pengisytiharan darurat semata-mata bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap pembangunan sosioekonomi negara.

Akses maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan tersedia
Semua pihak boleh melayari Portal Manfaat Belanjawan 2021 mulai hari ini, di alamat http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat

Diskaun khas bil elektrik kepada 6 sektor
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Bantuan one-off kepada pemandu teksi dan bas
Bagi meringankan beban khususnya pemandu teksi dan bas, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500

Tempoh moratorium bagi peminjam PTPTN dilanjutkan
Rakyat boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.

Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang dilanjutkan
Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Pelepasan cukai khas pembelian telefon bimbit dilanjutkan
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

Moratorium, pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan
Moratorium, termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini.

Pakej PERMAI: Pelepasan cukai khas, pemberian data percuma dilanjutkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500.

Anwar perlu lebih bertanggungjawab sentuh isu darurat - Azmin
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lebih bertanggungjawab apabila menyentuh mengenai darurat.

PKP 2.0: Ini sektor ekonomi yang dibenarkan operasi
Lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi termasuk pengilangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

PKP 2.0: Adakah anda dibenarkan ke pejabat esok? Ini SOP sektor ekonomi
Menurut Datuk Seri Azmin Ali, SOP yang disediakan adalah komprehensif, relevan dan praktikal.

PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Hamzah Zainudin
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, kesemua lantikan dibuat oleh Pengerusi PN itu.

HSR terbatal: Ini apa yang perlu anda tahu
Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan berhubung perubahan, namun gagal mencapai kata sepakat.

RCEP bukti Malaysia dan rakan perjanjian akan terus perkukuh integrasi serantau
RCEP dapat menyegerakan proses pemulihan ekonomi serantau dan negara kita pasca COVID-19.

Dakwaan bahawa Azmin Ali tidak diwakili adalah dusta - Peguam
Tiada usaha dilakukan untuk menyerahkan sendiri saman itu kepada Mohamed Azmin di kediaman atau pejabat beliau.

Semangat Krismas akan dapat dipertahan biarpun berdepan COVID-19
Hishammuddin menasihatkan mereka yang menyambut perayaan itu agar menitikberatkan pematuhan SOP untuk keselamatan bersama.

Kanak-kanak Rumah Destiny terima kejutan hadiah daripada keluarga Azmin
Keluarga Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membuat kunjungan ke pusat jagaan itu.

COVID-19: Kumpulan pertama bekalan vaksin diperoleh Februari - Azmin
Kerajaan menjangkakan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 untuk Malaysia diperoleh pada Februari.