Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekarang bukan masa sesuai untuk beliau membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat diadakan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika mengulas pandangan pelbagai pihak yang mencadangkan PRU15 segera dilaksanakan dengan alasan sekarang masa yang paling sesuai. Malah katanya lagi, semua pihak perlu memberi masa kepada beliau untuk melaksanakan amanah sebagai perdana menteri meneraju kerajaan bagi memulihkan ekonomi dan masalah kesihatan rakyat.
Tambah Ismail lagi, paling penting, UMNO perlu kembali ke matlamat asal perjuangan iaitu menyatukan bangsa dan bukan bersengketa sesama sendiri. "Kita tidak boleh menafikan kerana besar atau kecilnya memang ada sedikit pergeseran, kita belum memerintah kita mula hendak bergeser sesama sendiri. “Kita belum memerintah, kalau kita dah pun menang lain cerita sikit, ini kita dalam zon kekalahan kita sudah lupa bahawa pepecahan boleh membawa keruntuhan kepada kita," katanya. Ismail Sabri berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera pada Sabtu. Menurut Ismail, kejayaan UMNO dan BN memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka bulan lalu bukan ukuran sebenar penerimaan rakyat kepada parti itu. Sebaliknya UMNO dan BN hanya meraih peningkatan undi popular kurang satu peratus selain peratusan keluar mengundi yang rendah. Katanya lagi jika PRU dilaksanakan segera, ia juga boleh dianggap sebagai menafikan hak pengundi muda berusia 18 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.RM13 juta sumbangan bina masjid, sekolah tahfiz, bukan rasuah beri projek MyEG - Ahmad Zahid Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada YAB bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran Seorang lelaki maut ditembak semasa dia hendak masuk ke dalam kenderaannya, di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, dekat Sungai Petani, hari ini.
Sekuriti makanan negara: Perlu tindakan susulan jangka sederhana dan panjang - MPPN MAFI akan ambil tindakan susulan berkaitan segala cadangan dan pandangan yang telah diberikan dalam mesyuarat.
Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar 1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.
Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan 'Parvovirus'.
Tertarik kandungan al-Quran, Prof. Amerika Syarikat pilih Malaysia untuk peluk Islam John Nash Houchen telah mengkaji mengenai Islam sejak sekian lama terutama daripada rakan-rakan rakyat Malaysia yang pernah menuntut di Universiti Winconsin.
Inflasi Makanan | Peningkatan ekoran harga pasaran komoditi global Inflasi makanan di Malaysia dijangka terus meningkat dalam jangka waktu terdekat berikutan tekanan harga pasaran komoditi global dan isu pasca COVID -19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia merupakan isu sejagat tetapi malaysia sedang berusaha mengawalnya menerusi pengenalan pelbagai subsidi.
Pilihan Raya | 41 peratus belia 'belah bahagi' pilih parti bakal diundi Lebih 41 peratus golongan belia di negara ini membabitkan mereka dari kalangan 18 tahun ke atas didapati masih berbelah bahagi tentang kecenderungan untuk memilih parti politik yang akan diundi mereka. Menurut Pengasas Bersama Architects of Diversity, Jason Wee, peratusan itu diperolehi menerusi hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh pihaknya ‘Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia’ untuk menilai pemlihan golongan tersebut bagi PRU akan datang.
Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.
Penipuan | Sindiket mencari pekerja 'scammer' dikesan Satu sindiket yang aktif memperdaya golongan pencari kerja dengan menawarkan gaji lumayan untuk menjadi scammer, berjaya dikesan di Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jenayah itu berjaya dihidu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan, di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.
PRU15: SUPP mampu menang tujuh kerusi tradisi - Abang Jo Pencapaian yang cemerlang SUPP semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 lalu bukti kejayaan parti tertua di Sarawak itu kembali mendapatkan keyakinan rakyat khasnya komuniti Cina di negeri itu.
PRU15: Ka Siong gesa MCA kerja keras kerana masa depan di tangan rakyat Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa parti itu supaya bekerja keras untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana masa depannya terletak di tangan rakyat.
DAP tak bincang kerjasama 'khemah besar', fokus kuatkan PH hadapi PRU15 - Anthony Loke Setiausaha Agung DP, Anthony Loke, berkata, tumpuan parti itu dan PH adalah untuk untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan parti sendiri bagi menghadapi PRU15.
PN sokong agihan kerusi PRU15 diselesaikan awal - Muhyiddin Meskipun belum diputuskan secara rasmi, langkah itu bagi membolehkan gerak kerja awal oleh jentera setiap parti komponen dapat dilakukan.
PRU15: Adat berparti memang semua mahu bertanding, nanti kita akan berbincang - Bung Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bersatu belum putuskan senarai calon PRU15 - Hamzah Belum ada persetujuan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengenai calon yang akan bertanding pada PRU15.
PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang PAS akan meletakkan beberapa calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Fadillah sah bertanding PRU15, pertahan kerusi Petra Jaya Fadillah yang juga Ketua Whip GPS telah mewakili Petra Jaya selama empat penggal sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada PRU11 2004.
PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.
PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat - Tun M Seperti orang lain, Tun M bimbang kes COVID-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU15 diadakan.