awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas empat bulan di kementerian, Fadhlina minta untuk 'merengek'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/03/2023
07:45 MYT
Selepas empat bulan di kementerian, Fadhlina minta untuk 'merengek'
Fadhlina berkata, PKR tidak seperti pembangkang, kerana agenda membela nasib Bumiputera dan seluruh rakyat seiring dengan dasar yang jelas. - Gambar fail
SHAH ALAM : Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini giliran Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pula menggunakan pentas parti bagi meluahkan 'perasaannya'.
Memulakan ucapan pada penggulungan Kongres Khas Nasional 2023 hari ini, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata sejak menjawat jawatan dalam barisan Kabinet, beliau tidak 'banyak merengek' mengenai keadaan politik semasa.
"Saya ingin mengambil ruang ini untuk merengek kerana saya fikir saya tiada ruang merengek di Kementerian Pendikan Malaysia. Dengan rakan-rakan partilah biasanya yang saya boleh merengek untuk beberapa perkara.
"Saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain saban hari 'bersilat' di Parlimen, di dalam gelanggang Dewan Rakyat.
"Tuan puan boleh menyaksikan bagaimana juak-juak di seberang sana (pembangkang) berselindung di sebalik perjuangan mereka, kononnya adalah yang terpaling kanan... terpaling Islamis dan terpaling Bumiputera.
"Sampai depa (mereka) kira, jumlah kita sebut Bumiputera (dalam pembentangan Belanjawan 2023) itu berapa kali," katanya dalam ucapan tersebut, di sini.
Mengulas lanjut, Fadhlina yang menggalas jawatan sebagai Menteri Pendidikan menegaskan, PKR tidak seperti pembangkang, kerana agenda membela nasib Bumiputera dan seluruh rakyat seiring dengan dasar yang jelas.
Secara sinis, beliau berkata hak membela Bumiputera tidak terletak kepada jumlah sebutan perkataan itu, sebaliknya tindakan yang dilaksanakan.
"Saya dan rakan-rakan sebenarnya menerima tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagaimana yang sering disebut oleh saudara Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jawatan ini adalah taklif, dan bukan tasyrif. Ia adalah tanggungjawab dan bukan untuk bermegah.
"Jawatan ini apabila dipikul ia harus menjadikan kita lebih rendah diri, menginsafi betapa besarnya amanah dan tanggungjawab ini," katanya lagi.
Di bawah kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri, beliau menambah Ahli Parlimen Tambun itu bukan sahaja seorang pejuang reformasi, tetapi seorang yang jujur dan adil.
Dengan Agenda Malaysia Madani juga, Fadhlina berkata ia hadir bagi 'mencuci' segala kebejatan (kerosakan) dan kebobrokan dalam sistem sedia.
"Siapa lagi kalau bukan kita aktivis Keadilan yang harus menjadi contoh tauladan, bahawa negara ini boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi," katanya, sambil mengulangi pendirian bahawa akses pendidikan adalah hak semua individu.
Topic Berkaitan
#Kongres PKR
#Fadhlina Sidek
#Malaysia Madani
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan