awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Terengganu dan Sabah, Armada Perak pula tidak sokong pendirian Armada Pusat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/05/2020
00:50 MYT
Selepas Terengganu dan Sabah, Armada Perak pula tidak sokong pendirian Armada Pusat
Mohd Hafez Mubin berkata Armada Perak menyokong penuh kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional. -Facebook/ Mubin Salleh
Susulan tindakan Armada Terengganu dan Armada Sabah yang tidak menyokong pendirian Armada Pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Armada Perak pula menyatakan pendirian yang sama.
BACA: Armada Terengganu, Sabah tolak pendirian Armada pusat
Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata mereka menyokong penuh kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional.
Menurutnya, Armada Perak juga menyokong segala usaha Muhyiddin dalam memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
“Armada Perak juga mahu menyatakan bahawa pengkhianat kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah PH yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah.
"Ketika Bersatu bersama dalam gabungan PH, kebanyakan pemimpin ketiga-tiga parti ini, terutamanya DAP dan PKR, tidak henti-henti mendesak Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri ketika itu,” katanya dalam kenyataan bersama Ketua-Ketua Armada Bersatu Bahagian Perak yang disiarkan di akaun Facebook rasmi malam tadi.
Menurutnya, PH juga pada peringkat awal mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, namun membuat ‘U-turn’ menyokong kembali Dr Mahathir setelah melihat sokongan terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri tidak mencukupi dan amat lemah.
Mohd Hafez Mubin berkata antara bukti jelas pengkhianatan parti komponen PH terhadap Bersatu ialah rakaman video seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Perak yang membuat rancangan jahat untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“Justeru itu, Armada Bersatu Perak menolak sebarang usaha pihak tertentu untuk mengadakan kerjasama semula bersama Pakatan Harapan.
“Armada Bersatu Perak berikrar akan terus bekerja kuat untuk Bersatu dan Kerajaan Perikatan Nasional,” ujarnya.
Terdahulu Armada Terengganu dan Armada Sabah menyatakan pendirian tidak menyokong pendirian Armada Pusat untuk kembali bekerjasama dengan PH, sebaliknya menyokong penuh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan usaha beliau dalam membentuk dan memperkukuh kerajaan bersama Perikatan Nasional.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Armada Perak
#Armada Pusat
#Mahathir Mohamad
#Mohd Hafez Mubin
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan