awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat Kerajaan Perpaduan diterjemah di Melaka - Adly

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/12/2022
06:29 MYT
Semangat Kerajaan Perpaduan diterjemah di Melaka - Adly
Adly Zahari mengesahkan semangat gabungan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di peringkat Persekutuan turut diterjemahkan dalam kerajaan negeri Melaka. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan semangat gabungan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di peringkat Persekutuan turut diterjemahkan dalam kerajaan negeri ini.
Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil berkata, kesepakatan itu dimeterai hasil perbincangan bersama blok Barisan Nasional (BN) negeri, sekali gus menyaksikan kedudukan Ketua Pembangkang bertukar tangan.
“Kita tahu bahawa kerajaan di peringkat Persekutuan adalah Kerajaan Perpaduan, jadi di atas semangat itu kita diperingkat PH negeri telah mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional dan semangat yang sama juga di peringkat persekutuan dibawa ke Melaka.
“Kita boleh lihat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini di mana anggota ADUN PH diterima sebagai sebahagian ADUN diperingkat kerajaan melalui sedikit perubahan susun atur dalam DUN sendiri dan juga pelantikan Ketua Pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Adly yang juga bekas Ketua Pembangkang DUN Melaka berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kerana menerima kesemua lima ADUN PH untuk bersama-sama meneruskan agenda negeri menerusi semangat gabungan kerajaan perpaduan.
“Memanglah dalam tempoh singkat itu banyak penakrifan yang perlu kita buat, tetapi saya yakin bahawa hasrat kita hanyalah satu iaitu kita mahu memastikan kerajaan ini stabil dan dalam masa sama kita boleh merangka dan merancang untuk tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
“Hasil pertemuan kita dengan Ketua Menteri, jadi kerajaan ini adalah Kerajaan Perpaduan yang mana 26 daripada 28 ADUN kini berada dalam blok kerajaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#kerajaan melaka
#Pakatan Harapan
#Adly Zahari
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan