awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sentiasa dengar suara akar umbi - Fadhlina

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2023
22:15 MYT
Sentiasa dengar suara akar umbi - Fadhlina
FADHLINA: Suara akar umbi sentiasa relevan dan vokal dalam menentukan hala tuju parti. - Foto fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek mengharapkan Mesyuarat Agung Wanita PKR peringkat cabang (MAWTC) berlangsung dalam suasana ukhuwah dan persaudaraan yang tinggi serta harmoni.
Beliau berkata, ia juga adalah refleksi penting untuk melakukan muhasabah secara kolektif khususnya dalam meneguhkan aspek kepimpinan.
“Memandangkan PKR kini sudah berada di tampuk pemerintahan nombor satu negara, peringatan untuk sentiasa menoleh ke suara akar umbi perlu dilakukan secara berterusan.
"Suara akar umbi sentiasa relevan dan vokal dalam menentukan hala tuju parti ini," ujarnya.
Dalam masa sama, beliau turut menyatakan beberapa pemimpin wanita daripada parti berkenaan yang menjadi tunjang dalam perjuangan antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fuziah Salleh, Dr Zaleha Mustafa, Nurul Izzah Anwar dan Rodziah Ismail.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menegaskan, cabaran utama yang dihadapi ialah untuk merangkul setiap kekuatan dan sedia menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing memandangkan Kerajaan Perpaduan belum berusia setahun.
"Di sinilah peranan sayap Wanita PKR dapat dimainkan dengan agresif menjulang martabat madani.
“Hak wanita sebagai manusia adalah sama iaitu mewarisi keadilan, kemanusiaan dan hukum.
“Tempat wanita bukan sahaja di sudut dapur, kamar berhias dan tepi taman menyiram orkid, tapi di sisi lelaki iaitu di mana sahaja, daripada pejabat sampai ke bulan,” kata Fadhlina.
Malah, tegas beliau, keadaan itu bersesuaian dengan kedudukan persatuan kini yang sudah bertapak di kementerian, negeri, kerajaan tempatan serta kampus-kampus.
"Peranan agar kita mengakar di sektor awam dan swasta juga harus dipergiatkan melalui pelaksanaan program bersifat pendidikan, keusahawanan dan ekonomi," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Suara Akar Umbi
#PKR
#Mesyuarat Agung Wanita PKR
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan