KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap pendakwaan ke atasnya ialah serangan politik untuk menakutkan Perikatan Nasional (PN).
Muhyiddin berkata, walaupun berdepan pendakwaan, beliau yakin PN mampu memenangi enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
"Gelombang besar telah melanda negara, keputusan luar biasa, ramai rakyat Melayu sokong PN. Hampir kesemua anak Melayu sokong Pas dan PN.
"Jadi cara jatuhkan dan tumbangkan PN dengan membuat tuduhan palsu yang tidak berasas.
"Jika tidak buat begitu, mereka bakal hadapi ancaman besar dan tidak mampu pertahan kuasa pada PRN akan datang," katanya berucap pada program Solat Hajat Keselamatan Negara dan Solidariti Menentang Kezaliman di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar pada Khamis.
Beliau hadir sekitar jam 9 malam, sejurus selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM selama sembilan jam.
Dalam ucapannya, Muhyiddin turut mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dalam salah guna kuasa membabitkan isu Jana Wibawa dan pengecualian cukai Yayasan Al Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar.
Hadir pada program solat hajat itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin selain Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Antara pimpinan Pas yang hadir ialah Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan,
Sementara itu, Takiyuddin berkata, pihaknya akan menjadi antara panel peguam yang akan membantu Muhyiddin dalam kes yang akan dihadapi itu di mahkamah nanti.
Beliau berpandangan, pendakwaan terhadap Muhyiddin tidak boleh dikenakan memandangkan siasatan lengkap oleh pihak berkuasa masih belum lengkap.
“Beberapa keajaiban sudah berlaku pada kes yang bakal dihadapi Muhyiddin, jarang-jarang pertuduhan dikenakan kepada seseorang tertuduh pada hari Jumaat iaitu hari paling sibuk di pejabat kerajaan termasuk mahkamah.
“Mahkamah memerlukan masa untuk menguruskan jaminan dan sebagainya. Apa kata kalau mahkamah esok sibuk tidak boleh menguruskan jaminan kepada orang yang dituduh, sudah tentulah dia akan direman sehingga akan dikemukakan pada hari Isnin akan datang," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Mar 09 2023
Muhyiddin ketika berucap pada program Solat Hajat Keselamatan Negara dan Solidariti Menentang Kezaliman di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar pada Khamis. - Gambar SINAR HARIAN
Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah terima wang aktiviti haram RM5 juta
Bekas PM itu didakwa terima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.
Muhyiddin tiba di Mahkamah Shah Alam
Bekas Perdana Menteri itu berdepan dakwaan rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu.
Pengamal media penuhi Mahkamah Sesyen Shah Alam
Ada petugas media tiba seawal jam 7 pagi untuk memastikan mereka tidak terlepas membuat liputan kes berkenaan.
Terima tuduhan dengan sabar, Muhyiddin tidak akan ajak rakyat turun ke jalanan
Bekas PM itu enggan membebankan rakyat semata-mata untuk membela dirinya yang didakwa menjadi mangsa rakus politik.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan
Muhyiddin didakwa atas enam pertuduhan membabitkan empat pertuduhan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram.
Penyokong PN pakai lilitan kepala #AbahTabah
Mereka turut memakai baju berwarna putih tertera gambar Tan Sri Muhyiddin.
Muhyiddin tiba di mahkamah disambut pemimpin PN, ratusan penyokong
Ratusan penyokong bekas Perdana Menteri itu sudah berada di luar mahkamah seawal jam 8 pagi.
Muhyiddin bohong isu kecualikan cukai Yayasan Albukhary - Lim Guan Eng
Guan Eng cabar Muhyiddin tunjuk surat arahan dikeluarkan Menteri Kewangan semasa PH memerintah.
Serangan politik takutkan PN - Muhyiddin
Walaupun berdepan pendakwaan, Muhyiddin yakin PN mampu memenangi enam negeri pada pilihan raya negeri akan datang.