awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim..." - Shahril

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2023
15:01 MYT
"Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim..." - Shahril
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, sistem perundangan negara dilihat tidak konsisten dalam menentukan kesalahan termasuk penggunaan Akta Hasutan 1948. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sistem perundangan negara dilihat tidak konsisten dalam menentukan kesalahan termasuk penggunaan Akta Hasutan 1948.
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, walaupun sebelum ini akta itu mahu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah hilang dari perundangan negara.
"Meskipun yang menjadi perdana menteri, parti pemerintah adalah parti yang daripada awalnya tak suka pada Akta Hasutan dan pemimpin-pemimpin politik yang sama sewaktu jadi pembangkang dulu mengatakan akta ini zalim dan sebagainya.
"Hari ini mereka juga yang menjustifikasi kita kena ada Akta Hasutan. Jadi satu lagi pembaharuan dalam politik Malaysia... mungkin ini lagi satu episod tidak konsisten itu tertera," katanya dalam Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.
Sementara itu, Khairy yang bersetuju dengan pandangan Shahril berkata, para pemimpin antaranya yang ada dalam kerajaan sekarang ini, dahulunya mahu peruntukan dalam akta lain contohnya kanun keseksaan tanpa menggunakan Akta Hasutan.
Katanya, ini adalah para pemimpin yang sama yang ada dalam kerajaan ketika ini.
"Tetapi ada juga pemimpin termasuk peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tegur balik apa telah jadi kepada reformasi sedangkan kita memperjuangkan memansuhkan Akta Hasutan (tetapi) hari ini senjata sama digunakan terhadap seorang musuh politik atau seorang ahli politik daripada parti lawan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Akta Hasutan 1948
#Bekas Ketua Penerangan UMNO
#Shahril Hamdan
#Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan