awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shafie Apdal ikrar Warisan akan terus berkhidmat

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
28/09/2020
09:10 MYT
Shafie Apdal ikrar Warisan akan terus berkhidmat
Mohd Shafie Apdal bersama pimpinan parti Warisan mengadakan pertemuan di Rumah Yayasan Sabah pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU:Sekalipun gagal menerima mandat untuk memimpin negeri, namun, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berikrar akan meneruskan khidmat kepada rakyat.
Dalam masa sama, Mohd Shafie merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada beliau dan partinya dalam menghadapi pertarungan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu lalu.
"Warisan akan terus berkhidmat dan terima kasih atas sokongan,” demikian kata Mohd Shafie kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Warisan Plus.
Mohd Shafie, bagaimanapun, tidak memberi sebarang komen apabila ditanya berkenaan pertemuan di Rumah Yayasan Sabah dan perancangan serta tindakan yang bakal menyusul.
Terdahulu Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Ismail Bungsu yang juga pimpinan tertinggi Parti Warisan mendedahkan, antara kandungan pertemuan berkenaan ialah menandatangani akuan bersumpah dalam kalangan ADUN.
Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan bilangan ADUN yang menandatangani akuan terbabit.
Beliau juga enggan mengulas mengenai sekiranya ada wakil rakyat dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terlibat.
Dalam PRN ke-16 pada Sabtu lalu, GRS memperoleh majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.
GRS pada hari ini juga sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Hajiji yang juga ADUN Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai esok pada pukul 10.30 pagi.
“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.
“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel pada Isnin
LAPOR LANGSUNG: GRS namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah
Topic Berkaitan
#Shafie Apdal
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Warisan
#Pilihan Sabah
#Mohd Shafie Apdal
#GRS
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan