KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Parti Warisan (Warisan), kata Setiausaha Agung parti itu Loretto Padua Jr.
Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata Mohd Shafie satu-satunya nama yang dicalonkan bagi jawatan presiden untuk pemilihan parti yang dijadual diadakan pada Perhimpunan Agung Tahunan Warisan 2021 pada 26 hingga 27 Ogos ini.
Loretto berkata dalam pencalonan yang ditutup pada 7 Ogos lepas, Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking juga menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Warisan apabila menjadi satu-satunya calon bagi jawatan itu.
"Dalam perlembagaan parti kita ada tiga jawatan Naib Presiden, dan hanya tiga orang menghantar pencalonan jadi mereka juga menang tanpa bertanding," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong di sini hari ini.
Beliau berkata tiga naib presiden parti itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong, ADUN Tanjong Aru Datuk Junz Wong dan Bendahari Agung Warisan Terrence Siambun.
Loretto berkata 20 jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) akan dipertandingkan pada perhimpunan itu dan pihaknya telah menerima 50 pencalonan untuk jawatan berkenaan, namun hanya 40 calon layak bertanding jawatan berkenaan.
"Jawatan dilantik pula kita ada Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan, dua Naib Presiden dan 11 AMT akan dilantik," katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata mesyuarat AMT hari ini memutuskan untuk menggantung tiga bahagian parti itu iaitu Lahad Datu, Kota Marudu dan Beaufort berikutan beberapa isu berlaku pada mesyuarat agung dan pemilihan peringkat bahagian parti berkenaan pada awal bulan ini.
"Lahad Datu dan Kota Marudu kita gantung mereka kerana dalam menganjurkan mesyuarat agung itu ada beberapa perkara agak bercanggah dengan peraturan yang ada, kekecohan dan pergeseran berlaku tetapi kita boleh kawal ketenteraman di dua bahagian ini.
Dua bahagian ini kita gantung pentadbirannya dan diurus secara terus daripada ibu pejabat. Beaufort tidak mengadakan mesyuarat agung mereka setelah didapati ada perkata-perkara yang tidak lengkap di bahagian tersebut," katanya menambah Warisan mempunyai 25 bahagian di Sabah dan satu bahagian di Labuan.
Beliau berkata tiga bahagian itu dijangka mengadakan mesyuarat agung selepas Perhimpunan Agung Tahunan Warisan 2021 nanti, dan perwakilan daripada tiga bahagian itu akan hadir sebagai pemerhati pada perhimpunan berkenaan yang dijangka dihadiri 5,000 orang ahli parti.
Mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, Mohd Shafie berkata Warisan telah menyusun perancangan dan jentera, namun sehingga kini masih belum memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang akan ditandingi kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Mohd Shafie satu-satunya nama yang dicalonkan bagi jawatan presiden untuk pemilihan parti yang dijadual diadakan pada Perhimpunan Agung Tahunan Warisan 2021 pada 26 hingga 27 Ogos ini. - Gambar fail/ Bernama
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.
Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.
Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.
Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.
Wujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, senario terbaik selesaikan kemelut - Syahruddin
Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Sabah ketika ini adalah dengan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.
Politik Sabah: Shafie Apdal batalkan sidang media
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan tidak akan mengadakan sidang media hari ini.
7 ADUN Pakatan Harapan Sabah tidak beri SD sokong mana-mana pihak
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020.