awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar

Bernama
Bernama
04/10/2024
00:00 MYT
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar (dua, kanan) hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di Dewan Kompleks Perdana, Gua Musang, malam tadi. Turut hadir, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim (dua, kiri). --fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa, kesepakatan dalam kalangan parti yang menganggotai Perikatan Nasional (PN) kini semakin longgar.
Shamsul Iskandar yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi gabungan parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Mahkota.
Beliau berkata, pada masa sama, parti komponen di bawah Pakatan Harapan (PH) pula dilihat semakin serasi dengan parti-parti politik yang bersama-sama PH membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk UMNO.
"Saya fikir rakyat boleh menilai hasil kerjasama (PH-Barisan Nasional) yang mantap di peringkat akar umbi ini walaupun terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan keberadaan PKR dalam PH-BN.
"Kesepakatan ini dapat diterjemahkan dengan kemenangan besar di PRK DUN Nenggiri serta majoriti yang melebihi jangkaan disasarkan parti di DUN Mahkota," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Gua Musang di Dewan Kompleks Perdana, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan merupakan satu agenda politik yang stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Iskandar Md Akin
#Perikatan Nasional
#Pakatan Harapan
#gabungan parti pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan