KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Terengganu dijadualkan berlangsung selama tiga hari pada September depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan persidangan DUN itu akan diadakan pada 13 hingga 15 September depan.

Katanya perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Makluman mengenai pembukaan persidangan DUN akan dihantar kepada 32 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) termasuk 10 wakil Barisan Nasional (BN) dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan negeri akan memastikan persidangan DUN diadakan mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya melalui kenyataan hari ini.

Pada Khamis Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said menggesa kerajaan negeri mempercepatkan persidangan tersebut.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal berkata persidangan DUN perlu disegerakan berikutan Terengganu sudah berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kali terakhir sidang DUN Terengganu diadakan pada November lalu membabitkan pembentangan Bajet 2021 oleh Ahmad Samsuri.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu hanya dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  dan ketua jabatan sahaja berikutan pandemik COVID-19.

Pada Khamis Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said mendesak kerajaan negeri mempercepatkan persidangan tersebut.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal berkata persidangan DUN perlu disegerakan berikutan Terengganu sudah berada pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).