KUALA LUMPUR: Situasi politik yang melanda negara susulan keputusan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.
Di KEDAH, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya telah menyembah maklum kepada Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bahawa, pentadbiran kerajaan negeri tidak terjejas dengan situasi semasa politik itu.
"'Pandemik' (krisis politik) yang berlaku itu hanya di Putrajaya sahaja, hubungan PN di Kedah masih kekal," katanya dalam sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, dengan kehadiran penuh semua Exco kerajaan negeri secara dalam talian.
Beliau berkata, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang dijangka diadakan pada 20 hingga 23 Sept depan, akan dilaksanakan mengikut jadual dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali juga menyuarakan perkara yang sama, dan memaklumkan kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat, terutama terhadap usaha menangani pandemik COVID-19.
"Saya serahkan politik Melaka ini kepada kepimpinan peringkat persekutuan, saya masih bersama rakan-rakan, apa pun berlaku saya akur kepada apa sahaja keputusan parti. Itu sahaja yang saya dapat maklumkan," katanya yang menambah setakat ini tiada Exconya menarik diri daripada kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, serta lima ketua UMNO Bahagian di Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini pada Rabu.
Situasi yang sama turut berlaku di Perak apabila kesemua Exco kerajaan negeri hadir mesyuarat pagi tadi seperti biasa dan berlangsung dalam suasana penuh harmoni, tanpa sebarang masalah.
Menteri Besar Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Taman Datuk Saarani Mohamad melalui pesanan WhatsApp kepada Bernama berkata, mesyuarat Exco yang bermula pukul 10 pagi itu membincangkan mengenai perkembangan isu semasa dan vaksinasi COVID-19 di Perak.
Sementara itu di JOHOR, Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad menyatakan bahawa pentadbiran kerajaan negeri itu juga berjalan seperti biasa.
"Ya," katanya menjawab ringkas kepada Bernama menerusi Whatsapp ketika ditanya mengenai status pentadbiran di sini.
Terdahulu menerusi akaun Twitter rasminya, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut berkata, "Kami (kerajaan negeri) akan terus mempertahankan demokrasi dan mematuhi Undang-Undang Tubuh Negeri Johor."
Penyataan Hasni itu berikutan perkembangan terkini berikutan perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Terdahulu Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri dan akan menentukan keabsahannya sebagai perdana menteri di Parlimen, dengan membenarkan suatu usul undi percaya kepadanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada September.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 04 2021
Krisis politik yang berlaku itu hanya di Putrajaya sahaja, hubungan PN di beberapa negeri masih kekal. - Foto fail/BERNAMA
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Beliau berkata kerajaan negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke China.
Sanusi patut fokus majukan Kedah bukan 'Langkah Dubai' - Anthony Loke
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengambil langkah memajukan negeri ditadbirnya dan bukan mengambil 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan kerajaan.
Amirbek ucap selamat tinggal kepada penyokong Kedah
Jeneral padang berusia 27 tahun yang beraksi cemerlang dalam 23 perlawanan musim ini mengakui sukar untuk berpisah dengan Sang Kenari.