Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung tindakan terhadap Datuk Osman Sapian susulan satu video tular bekas Menteri Besar Johor itu dipercayai berkempen untuk calon Bebas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, baru-baru ini.
Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang berkata pihaknya di peringkat perhubungan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melanggar peraturan parti.
"Biarlah Tan Sri (Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin) melalui jawatankuasa (Lembaga Tatatertib) membuat apa jua keputusan.
"Hal-Hal disiplin di bawah Lembaga Tatatertib parti, jadi kita di negeri tidak ada komen berhubung perkara ini, segalanya terpulang kepada pihak pengurusan untuk ambil tindakan.
"Kalau betul video itu sahih, mereka (Lembaga Tatatertib) akan buat siasatan.
"Terserah kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin, beliau boleh arahkan untuk buat semakan atau siasatan," katanya.
Mazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Konvoi Merdeka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2020 di sini hari ini.
Semalam tular video yang menunjukkan Osman, Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, dipercayai sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika PRK DUN Slim.
Dalam video itu, Osman mengakui masih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas atas tiket Bersatu dan ahli Bersatu namun mendakwa parti tersebut telah menyeleweng daripada perjuangan asalnya.
Sebelum ini, Osman mendakwa kehadirannya di Slim, Perak sekadar untuk bertemu rakan lama sambil makan angin dan menegaskan tindakan beliau itu tiada kaitan dengan politik.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata semua pihak diminta agar tidak cepat melatah khususnya apabila membabitkan urusan dalaman parti.
"Kita ikut sumber yang tepat. Kalau betul ada pelanggaran salah laku maka perlu diberikan peluang untuk memberikan penjelasan, kita kena matang dalam soal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020

Mazlan berkata pihaknya di peringkat perhubungan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melanggar peraturan parti. - Gambar fail

Treler Terbalik | Pemandu treler muatan tepung maut, kelindan cedera
Seorang pemandu treler yang membawa muatan tepung maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di Gerik, Perak, pagi Khamis. Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.38 pagi itu turut menyebabkan kelindan treler tersebut mengalami kecederaan.

IMF | Ekonomi Malaysia berkembang 5.75 peratus pada 2022
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh. Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan kerajaan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022. Ekonomi berkembang 3.1 peratus tahun lalu.

AWANI Ringkas: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda kes HFMD
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

HFMD: Sarawak catat trend peningkatan, 483 kes direkodkan setakat 14 Mei
Jangkitan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak menunjukkan peningkatan walaupun dalam keadaan terkawal dengan jumlah kumulatif ialah 483 kes dalam tempoh Januari hingga 14 Mei 2022.

Sultan Perak berkenan dengar taklimat kemalangan lima pelajar USAS
Sultan Nazrin rasa zahir dukacita kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

DUN Sarawak: Ibu bapa culas daftar kelahiran punca anak tiada dokumen pengenalan diri - Fatimah
Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru
Jenazah bekas Menteri Besar Johor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah di Taman Mount Austin pada pukul 4 petang Rabu.

Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara di sini, malam ini.

PM Muhyiddin ada nasihati saya - Osman Sapian
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menasihati bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berhubung tindak tanduknya sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Slim Memilih: Bersatu Johor tiada kuasa ambil tindakan ke atas Osman Sapian
Tular video yang menunjukkan Osman sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika PRK DUN Slim.