Skip to main content

Politik

SPRM terima tiga maklumat rasuah berkaitan PRN Johor

Putrajaya , 9 Julai 2026.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , Datuk Seri Abd Halim Aman pada sidang media khas di Bilik Sidang Media, Aras 3, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya .Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman bercakap dalam sidang media di sini pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga maklumat berkaitan kesalahan rasuah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 8 Julai, termasuk satu laporan yang disalurkan oleh seorang pegawai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Batu Pahat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata kesemua maklumat berkenaan sedang disiasat dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan rasuah atau salah guna kuasa tanpa mengira latar belakang individu mahupun parti politik yang terlibat.

"Buat masa ini kita telah menerima tiga maklumat dan semuanya sedang disiasat. Pihak kami tidak berkompromi dan siasatan dijalankan tanpa mengira latar belakang, jawatan atau parti politik,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Beliau memaklumkan SPRM telah membuka lima bilik gerakan PRN di Segamat, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Ia bagi memudahkan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya.

Must Watch Video

Advertisement