awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Srikandi Bersatu kekal teguh bersama Perdana Menteri - Rina

Bernama
Bernama
29/03/2021
06:27 MYT
Srikandi Bersatu kekal teguh bersama Perdana Menteri - Rina
Rina berkata, segala bentuk provokasi dan cubaan mengganggu gugat kestabilan politik di negara ini perlu dihentikan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Srikandi Bersatu akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan sedia bertanding semua kerusi, sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi.
Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, politik yang sihat, mencipta rasa keamanan dan keharmonian kepada rakyat amatlah penting, dalam memastikan ketenteraman rakyat dan kestabilan ekonomi terpelihara, terutama ketika negara dilanda krisis pandemik COVID-19.
“Saya percaya kehidupan rakyat di negara ini sudah cukup terkesan dengan pandemik COVID-19. Sedemikian, sebagai ahli politik yang diberikan mandat oleh rakyat, saya dan semua ahli Srikandi Bersatu akan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat di akar umbi, dan bukannya menambahkan lagi kegelisahan rakyat.
“Ini adalah masanya untuk mendahulukan kepentingan rakyat, terutamanya dalam melaksanakan pelbagai inisiatif rangsangan ekonomi yang telah diumumkan untuk kebajikan rakyat, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, Srikandi Bersatu berpegang kukuh menjunjung prinsip perjuangan parti, yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, serta memacu pembangunan ekonomi yang mapan, demi kepentingan rakyat dan negara.
Sehubungan itu Rina berkata, segala bentuk provokasi dan cubaan mengganggu gugat kestabilan politik di negara ini perlu dihentikan.
Beliau juga menyeru semua pihak supaya bersatu tanpa mengira ideologi politik dalam memerangi pandemik COVID-19 dan fokus perlu diberikan kepada usaha kerajaan dalam mewujudkan imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Srikandi Bersatu
#Parti Bersatu
#Rina Mohd Harun
#Rina Harun
#Srikandi sokong Muhyiddin
#PAU2020
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan