KUALA LUMPUR: Kenyataan bersama Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor agar sidang Parlimen diadakan segera dilihat kerana disebabkan situasi COVID-19 di di negeri itu mencatat kes harian tertinggi selama ini.
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Rizam Ismail menjelaskan, strategi, gerak kerja serta usaha menurunkan angka pandemik ini perlu segera dibawa ke Parlimen selepas selama ini hanya dibincangkan di peringkat majlis kerajaan negeri sahaja.
Justeru ADUN Sungai Air Tawar itu berkata DUN Selangor juga perlu dibuka selaras komitmen Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pada 17 Jun lalu.
"Saya minta agar negeri Selangor buka Dewan dengan segera, backbenchers pun setuju minta agar dibuka Dewan dengan segera. Ini bukan kenyataan antara UMNO dengan PKR. Ini kenyataan Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan dengan Ketua Pembangkang Selangor.
"Isunya kedua-dua sependapat agar Dewan Negeri Selangor dibuka dengan segera berasaskan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Jadi dia hendak buka Dewan bila? Bulan Ogos ke? Terserahlah, bulan Julai ke, tetapi kita minta Dewan mesti dibuka agak perkara-perkara penting dapat dibincangkan di dalam Dewan.
"Kerana COVID-19 bukan sahaja terkena kepada orang yang ada penyakit, yang paling penting kepada orang yang kehilangan pekerjaan, pengangguran dan kita hendak tahu bajet tambahan ada atau tidak tahun ini di peringkat negeri Selangor. Pelaksanaannya bagaimana, penglibatannya bagaimana. Itu yang penting Dewan perlu dibuka," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
BACA: BBC, Majlis Pembangkang Selangor sokong persidangan DUN diadakan segera
BACA: Jika Parlimen dibenar bersidang, izinkan juga orang biasa bersidai di kedai makan
Pada Selasa, Rizam dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bersama dalam satu kenyataan menjunjung titah Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu yang berpandangan supaya Parlimen perlu bersidang segera bagi membincangkan isu negara dan rakyat dalam menangani COVID-19.
Ujar mereka, sidang dewan amat penting baik di peringkat kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat agar setiap perbahasan berkenaan isu-isu rakyat mampu diperhalusi bersama dalam agenda memerangi pandemik.
Astro Awani
Wed Jun 23 2021
Rizam menjelaskan, strategi, gerak kerja serta usaha menurunkan angka pandemik ini perlu segera dibawa ke Parlimen selepas selama ini hanya dibincangkan di peringkat majlis kerajaan negeri sahaja. - Foto/Twitter @Rizamismail81
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.