awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: Majoriti sudah tahu nak undi siapa pada PRU15

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/11/2022
12:58 MYT
#SuaraMalaysia: Majoriti sudah tahu nak undi siapa pada PRU15
Daripada 2,232 responden yang mengikuti kaji selidik ini, seramai 2,053 responden menjawab ya, yang mewakili 92 peratus daripada keseluruhan individu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hampir seminggu berlalu selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum-15 (PRU15), kini negara sedang mengharungi tempoh berkempen yang semakin hari semakin terasa bahangnya.
Menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia yang dilakukan Astro AWANI, didapati ramai yang sudah tahu siapa yang bakal mereka undi berdasarkan soalan yang kami tanyakan sejak jam 12 tengah malam tadi – ‘Anda sudah tahu siapa yang bakal anda undi 19 November ini?’
Daripada 2,232 responden yang mengikuti kaji selidik ini, seramai 2,053 responden menjawab ‘ya’, yang mewakili 92 peratus daripada keseluruhan individu.
Namun, masih ada sebilangan kecil yang menjawab tidak tahu siapa yang bakal menjadi pilihan mereka iaitu sejumlah dua peratus atau 45 responden dan seramai 134 responden atau enam peratus lagi menjawab mereka 'tidak pasti’.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#SuaraMalaysia
#PRU15
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan