Dakwaan berlaku kempen politik wang, penyalahgunaan aset kerajaan untuk berkempen, ucapan kempen menghasut atau berbaur perkauman, selain 17 laporan polis dalam tempoh 10 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menunjukkan aktiviti pilihan raya di negara ini perlu diawasi dengan lebih rapi.
Dalam mencapai demokrasi yang lebih matang dan melaksanakan reformasi pilihan raya, penganalisis politik, Md Shukri Shuib, percaya sudah tiba masa pihak-pihak berkuasa yang terlibat untuk turun padang dan menghentikan perkara-perkara yang menyalahi peraturan pilihan raya.
Mungkin Polis Khas Pilihan Raya boleh diwujudkan dengan menggabungkan terus anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah satu bumbung pada setiap kali pilihan raya diadakan.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu, berkata polis perlu diberikan kuasa mutlak untuk terus mengambil tindakan segera sekiranya didapati mana-mana pihak melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Sekarang ini, prosedur amat birokratik dan ambil masa panjang untuk diselesaikan, polis perlu terima laporan dahulu, kemudian kena tengok pula kes, mungkin ada yang bukan di bawah bidang kuasa polis, mungkin di bawah SPRM pula, kemudian kes perlu pula dibawa ke mahkamah.
"Kesalahan pilihan raya ini boleh menjejaskan keputusan pilihan raya, seperti mana juga yang mungkin berlaku pada PRK ini, lepas Dewan Rakyat bersidang beberapa lama, baru kes diputuskan dan kena pula buat pemilihan sekali lagi," katanya.
Md Shukri berkata pengwujudan polis khas ini juga perlu disekalikan dengan tribunal pilihan raya, supaya setiap kes boleh terus dibawa untuk diputuskan segera.
Sementara itu, Penganalisis Politik dan Perundangan dari Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata seboleh mungkin setiap pendakwaan kesalahan peraturan pilihan raya perlu diselesaikan sebelum pengundian.
Sekiranya tidak diselesai segera, ia mungkin akan sekali lagi menggugat keputusan PRK berkenaan yang hanya akan merugikan kerajaan.
"Mungkin terpaksa buat pengundian semula. Ini akan menambah perbelanjaan negara," katanya.
Beliau berkata daripada segi undang-undang pula, ia cukup lengkap bagi memastikan sesuatu pilihan raya itu berjalan dengan amalan demokrasi yang tinggi tetapi penguatkuasaanya adalah lemah.
Selain Akta Kesalahan Pilihan Raya, katanya, pilihan raya juga secara tidak langsung terikat dengan Kanun Keseksaan, undang-undang pentadbiran khas untuk penjawat awam dan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Justeru, semua pihak perlu akur, dan tindakan undang-undang perlu diambil sewajarnya kepada mana-mana pihak yang jelas melakukan kesalahan.
PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam PRU14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Parlimen Cameron Highlands mempunyai dua DUN iaitu Tanah Rata dan Jelai dengan jumlah keseluruhan pengundi seramai 32,009 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 22 2019
Seorang anggota polis memasukkan kertas undi ke dalam kotak selepas selesai mengundi ketika proses pengundian awal pada PRK Parlimen Cameron Highlands di Balai Polis Sungai Koyan, 22 Jan, 2019. - fotoBERNAMA
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Suruhanjaya Pasukan Polis: Pinda dahulu Perlembagaan - Dr Shamrahayu
Jika mahu elakkan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi SPP campur tangan dalam urus tadbir harian PDRM, perlu pinda perlembagaan.
Vaksin COVID-19 jalan terbaik rancak ekonomi
Dengan adanya vaksin, kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan PKP, termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi, kata Datuk Dr Madeline Berma.
Sudah tiba masa aktiviti pilihan raya diawasi lebih rapi
Mungkin Polis Khas Pilihan Raya boleh diwujudkan dengan menggabungkan terus anggota polis dan SPRM di bawah satu bumbung pada setiap kali pilihan raya diadakan.