awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/08/2023
08:04 MYT
Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan. - Gambar fail/ASTRO AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas tampil berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman hari ini mencadangkan agar agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.
Syahir menerusi hantaran di media sosial mengusulkan agar debat mengenai isu pendidikan pula diangkat dalam siri debat kali ini.
"Debat. Saya cadang diteruskan, tajuk pendidikan. Jemput YB Prof Haim berdepan YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq," katanya dalam hantaran hari ini.
Debat. Saya cadang diteruskan, tajuk PENDIDIKAN. Jemput YB Prof Haim berdepan YB Menteri Pendidikan @FadhlinaSiddiq. Tuan rumah,@501Awani & @RTM_Malaysia.#RakyatMenilai
— Syahir Sulaiman (@syahirnomic) August 13, 2023
Haim Hilman Abdullah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Syahir turut mencadangkan agar tuan rumah bagi debat tersebut dianjurkan secara bersama oleh Astro AWANI dan RTM.
Buat Astro AWANI pula, ia sentiasa bersedia untuk membuka pentas debat, agar menjadi medan menjana lebih banyak idea dalam memperhebatkan pendidikan negara.
Terima kasih YB, kami sentiasa sedia membuka pentas debat. Moga ia jadi medan menjana lebih banyak idea memperhebatkan pendidikan negara. #DebatPendidikan@fadhlinasiddiq
— Astro AWANI (@501Awani) August 13, 2023
Pada 9 Ogos lalu, Astro AWANI dan RTM telah menganjurkan debat Model Ekonomi Baharu Malaysia yang menampilkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Bachok itu.

Topic Berkaitan
#debat
#pendidikan
#Fadhlina Siddiq
#Haim Hilman
#Syahir Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan