Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan tindakan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai ‘ayah’ yang mengkhianati asas penubuhan parti apabila bekerjasama dengan kalangan kleptokrat.
Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, Muhyiddin telah menubuhkan “kerajaan pintu belakang” tanpa pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Beliau seperti ayah saya sendiri dan merupakan antara sebab kenapa saya menyertai politik,” tegas Syed Saddiq.
“Beliau salah seorang yang lantang bersuara menentang kleptokrat global. Beliau dipecat oleh partinya kerana membantah golongan kleptokrat itu.”
Syed Saddiq meluahkan perkara itu ketika ditemu bual pengacara Mehdi Hasan dalam rancangan UpFront di saluran berita Al Jazeera pada Sabtu.
Muhyiddin dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh bekas perdana menteri Najib Razak pada 2015 atas kesalahan pelanggaran disiplin.
Syed Saddiq turut menceritakan tentang ancaman yang dihadapinya ketika menentang kleptokrat serta ganjaran wang yang ditawarkan jika menyertai kelompok itu.
“Apa yang menyedihkan saya hari ini adalah pemimpin saya dan 'ayah' saya sendiri telah membuka pintu kerajaan dan demokrasi Malaysia kepada golongan kleptokrat sama yang mengancam saya dan keluarga; kleptokrat sama yang mengancam beliau dan keluarganya.”
Namun, persoalan yang ditimbulkan oleh pengacara Mehdi ketika itu adalah mengenai pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung politik berasaskan kaum.
“Bukankah masalahnya berpunca kerana pakatan ‘tidak berdemokratik’ ini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang pernah kata beliau seorang Melayu dahulu sebelum rakyat Malaysia pada 2010?
“Namun, beliau antara pemimpin tertinggi dalam parti kamu sendiri, bukannya pembangkang,” tanya Mehdi kepada Syed Saddiq.
Jelas Syed berhubung politik perkauman, “Saya sentiasa menjadi rakyat Malaysia dahulu. Namun, saya rasa ia tidak salah untuk berasa bangga dengan kaum saya.
“Ia sangat penting bagi saya untuk memastikan agar mereka yang tidak berkemampuan dan datang daripada keluarga yang miskin berhak mendapat bantuan - malangnya, kebanyakan mereka merupakan kaum Melayu.
Katanya, perkara itu serta pendirian untuk membantah golongan kleptokrat menjadi asas di sebalik sokongan yang diberikan kepada ‘ayahnya’, Muhyiddin.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan Muhyiddin sebagai seorang “pengkhianat” yang mementingkan politik berbanding prinsip.
BACA: Muhyiddin pentingkan politik, bukan prinsip - Tun Mahathir
Ia susulan kemelut politik yang menyaksikan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri serta Pengerusi Bersatu pada 25 Februari lalu.
Nailah Huda
Sun Mar 08 2020
Syed Saddiq ketika ditemu bual pengacara Mehdi Hasan dalam rancangan UpFront di saluran berita Al Jazeera pada Sabtu.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh
Al Jazeera seru masyarakat antarabangsa turut serta dalam usaha mengakhiri serangan ke atas orang awam, sekali gus melindungi nyawa golongan yang tidak berdosa.
Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung
Siaran Al Jazeera dari Gaza pada pukul 3 pagi terpaksa dihentikan disebabkan bimbang dengan tahap keselamatan.
Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan beliau berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga menarik minat media antarabangsa.
Al Jazeera ulangi ikrar bela kematian wartawan Shireen Abu Akleh
Al Jazeera akan mencari keadilan kepada Shireen dengan mendesak melalui pelbagai cara untuk memastikan pembunuhnya diheret ke pengadilan.
Wartawan Al Jazeera maut ditembak tentera Israel
wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh merupakan seorang wartawan yang sangat dihormati.
Pejabat biro AP dan Al Jazeera di Gaza musnah dalam serangan udara Israel
Sebelum ini pemilik bangunan telah diberi amaran bahawa serangan peluru berpandu itu akan muncul menyerang premis berkenaan.
Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.
Mesir bebaskan wartawan Al Jazeera selepas empat tahun dalam tahanan
Mahmoud Hussein ditahan pada Disember 2016 atas tuduhan menyebarkan berita palsu, menyertai kumpulan haram dan menerima dana asing.
Jho Low percaya tidak lakukan kesalahan, dakwa hanya pinjam wang 1MDB
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi 'mastermind' dalam skandal 1MDB mendedahkan dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB.
Dakwa hakim saudara Tun M: Polis sudah kenal pasti pemilik akaun Twitter
Individu itu akan dipanggil minggu depan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.