awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq syor hapus sistem pencen ahli politik

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
10:54 MYT
Syed Saddiq syor hapus sistem pencen ahli politik
Syed Saddiq berkata, kaedah itu dilihat tidak adil jika dibandingkan dengan penjawat awam yang telah berkhidmat dalam tempoh lebih lama berbanding ahli politik. - Gambar fail
SHAH ALAM : Kerajaan perlu menghapuskan sistem pencen bagi seluruh ahli politik dan mengembalikan sistem caruman.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kaedah itu dilihat tidak adil jika dibandingkan dengan penjawat awam yang telah berkhidmat dalam tempoh lebih lama berbanding ahli politik.
“Saya sarankan kerajaan hapuskan sistem ini termasuk bagi diri saya sendiri kerana bagi penjawat awam, mereka perlu bekerja lebih 30 tahun dan baru berhak menerima pencen.
“Berbeza dengan ahli politik, mereka baru masuk pejabat terus layak menerima pencen seumur hidup. Bukan satu malah bertingkat-tingkat membabitkan pencen ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri dan speaker,” katanya hantaran di akaun TikTok miliknya pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau turut mendedahkan gaji dan elaun menteri besar mencecah RM180,000 sebulan, ia belum termasuk jika ahli politik itu memegang jawatan lain.
“Gaji menteri besar RM180,000 sebulan, itu belum campur kalau mereka ada jawatan sebagai ahli Parlimen dan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat negeri serta persekutuan.
“Kiraan pencen bagi ahli politik agak unik. Misalnya, saya baru masuk pejabat sebagai menteri, tetapi jumlah pencen bukan berdasarkan itu tetapi sebagai ahli Parlimen.
“Inilah punca ramai ahli politik tua tidak mahu melepaskan jawatan, bergaduh dengan pimpinan anak muda kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen, semakin tinggi jumlah pencen menteri dan ahli Parlimen.
Tegas beliau, cadangan itu adalah untuk memastikan tiada tembok yang pisahkan pemimpin politik dengan rakyat.
“Inilah politik baharu yang MUDA ingin bawa, rakyat dan pemimpin berpisah tiada,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#muda
#pencen ahli politik
#hapus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan