Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak hadir pada program Rapat Umum Armada Selangor yang dijadualkan berlangsung pada malam ini (Jumaat) di Setia City Convention Centre di Shah Alam.

Pihak media yang berkumpul sejak jam 8 malam untuk mendapatkan reaksi bekas Menteri Belia Dan Sukan itu mengenai perkembangan terbaharu situasi politik, terpaksa pulang hampa selepas dimaklumkan dia tidak akan menyertai program tersebut.

Mengikut jadual asal, Syed Saddiq dan Datuk Seri Rina Mohd Harun sepatutnya hadir berucap pada majlis berkenaan.

Bagaimanapun pihak urusetia program memaklumkan kedua-dua mereka tidak akan hadir dan tidak memberi sebab atas ketidakhadiran itu