Skip to main content

Dunia

Gempa bumi magnitud 5.1 gegar tengah Taiwan

Sumber: USGS
Pusat gempa dilaporkan terletak di Perbandaran Puli, kira-kira 33.5 kilometer ke timur laut Nantou, pada kedalaman 15.5 kilometer. -Foto USGS

TAIPEI: Satu gempa bumi magnitud 5.1 menggegar wilayah Nantou di tengah Taiwan pada jam 8.46 pagi Ahad, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Pusat gempa dilaporkan terletak di Perbandaran Puli, kira-kira 33.5 kilometer ke timur laut Nantou, pada kedalaman 15.5 kilometer.

Gegaran itu mencatatkan intensiti maksimum tahap 4 di Nantou, berdasarkan sistem ukuran intensiti tujuh tahap yang digunakan di Taiwan.

CWA memaklumkan kesan gegaran turut dirasai pada intensiti tahap 3 di kawasan Taichung, Hualien dan Miaoli.

Setakat ini, pihak berkuasa melaporkan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar dilaporkan di kawasan terjejas.

 

Must Watch Video