awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syeikh Zainul Asri mohon maaf

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2023
04:30 MYT
Syeikh Zainul Asri mohon maaf
Syeikh Zainul Asri berkata, meskipun ucapan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun ia telah disalah tafsir. - Gambar fail
SHAH ALAM : Bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli membuat permohonan maaf berhubung ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lalu.
Ujar beliau, meskipun ucapan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun ia telah disalah tafsir.
“Saya memohon maaf tidak terhingga kepada muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dan tersentuh terhadap ucapan berbangkit.
“Saya tidak menyasarkan ucapan berkenaan kepada mana-mana pihak atau menujukan kepada mana-mana politik atau siapa sahaja,” katanya dalam satu video berdurasi tiga minit lebih di Twitter pada Selasa.
Orang ramai dikecohkan dengan ucapan Syeikh Zainul Asri yang menyebut: "Semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah".
Susulan daripada hal tersebut, satu laporan polis telah dibuat Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.
Menurut Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Muhammad Yahaya, ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh Allah.
Jelas beliau, ucapan berkenaan yang dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dilihat amat tidak sihat dan boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syeikh Zainul Asri
#ucapan
#mohon maaf
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan