awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/04/2024
02:45 MYT
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Tajudin melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan masa depan UMNO berikutan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat, dari bahagian hingga ke Majlis Tertinggi, tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
IPOH: Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan masa depan parti Melayu itu.
Dakwanya, selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, UMNO dilihat seolah-olah tidak berusaha untuk melakukan perubahan.
Malah, katanya, pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat, dari bahagian hingga ke Majlis Tertinggi, tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
“Jika tidak ada perubahan dari segi tindakan, kepimpinan, khidmat kepada masyarakat, bagaimana UMNO nak kembali pulih, nak bangkit semula?
“Semuanya mendiamkan diri seolah-olah saya lihat mereka ini memikirkan kepentingan sendiri, nak jawatan, kedudukan bukan untuk parti dan perjuangan parti itu.
“Daripada atas (pucuk pimpinan) sampai bawah tak berani nak bercakap, ada sindrom ‘bisu’ tak berani nak komen atau beri pandangan dan tegur. Sekarang ni bukan sahaja tak berani tegur dalam kepimpinan itu tetapi tak berani tegur permasalahan rakyat,” kata Tajudin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Perdana Kolej Antarabangsa TAJ di kolej berkenaan, di sini, malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu digantung daripada UMNO enam tahun mulai 2022 kerana dikatakan membuat kritikan secara terbuka kepada parti.
Tajudin berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan, lebih-lebih dalam soal kepentingan rakyat seperti kos sara hidup dan sebagainya.
Malah, katanya, Anwar juga sangat komited dalam perjuangan untuk orang Melayu, tanpa mengenepikan hak kaum lain.
Topic Berkaitan
#UMNO
#sindrom bisu
#Majlis Tertinggi UMNO
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan