awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak tentu MoU akan terus dihormati, perlu dituntaskan dengan PRU - Asyraf Wajdi

Israr Khalid
Israr Khalid
25/11/2021
22:55 MYT
Tak tentu MoU akan terus dihormati, perlu dituntaskan dengan PRU - Asyraf Wajdi
Pelanggaran MoU di Melaka yang membawa kepada PRN menunjukkan apa sahaja boleh terjadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan bersama pembangkang belum tentu dapat menjamin kestabilan kerajaan hari ini sekurang-kurangnya sehingga tempoh perjanjian itu berakhir Julai tahun depan.
Kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi, itu sebab mengapa partinya menyokong penuh cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan sebagai penyelesaian tuntas.
Ujarnya, lihat sahaja di Melaka di mana pelanggaran MoU tersebut oleh beberapa individu yang telah menyebabkan terbubar DUN dan berlaku pilihan raya.
“Kerajaan Melaka runtuh kerana kita dapat lihat bahawa Pakatan Harapan (PH) memberi janji kepada empat orang yang membuat ketetapan untuk keluar daripada kerajaan dan mengajukan undi tidak percaya kepada Ketua Menteri, dan dijanjikan pada waktu itu Datuk Seri Idris Haron bahawa beliau akan diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jadi kalau benarlah MoU itu dipatuhi dan dihormati, saya kira tidak timbul soal PRN Melaka walaupun empat orang itu keluar daripada kerajaan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan andai kata mereka tidak menang di Melaka tempoh hari, UMNO dan BN tetap komited bahawa kerajaan yang ada hari ini bukanlah sebuah kerajaan yang mendapat mandat rakyat secara mutlak, dua kali bertukar tangan sejak PRU 2018.
Beliau tidak menolak perlunya dilaksanakan reformasi institusi, tetapi katanya perlu terlebih dahulu diwujudkan kerajaan yang stabil menerusi PRU supaya polisi-polisi yang diharapkan rakyat dapat dilaksanakan sebaiknya.
Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru pada Khamis bersama hos Luqman Hariz, di sini:
MoU tak tentu akan terus dihormati, perlu dituntaskan dengan PRU - Asyraf Wajdi
Dialog Tiga Penjuru: Perlukah PRU15 disegerakan?
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#PRU15
#MoU
#BN
#UMNO
#Asyraf Wajdi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan