Skip to main content

Politik

Tangguh PRN Johor, Melaka pandangan peribadi, bukan pendirian BN - Ahmad Zahid

Zahid Hamid
Ahmad Zahid berucap sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 bagi tahun 2025 di sini pada Sabtu. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka akan datang adalah pendapat peribadi dan bukannya pendirian atau keputusan BN.

“Itu adalah pandangan pribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun Barisan Nasional,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 bagi tahun 2025 di sini pada Sabtu.

Advertisement

Ahmad Maslan dilaporkan mencadangkan supaya PRN Johor dan Melaka yang dijangka berlangsung tahun ini ditangguhkan berikutan ketidaktentuan ekonomi susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pejabat Jurutera Daerah Kulai, Johor pada Isnin lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu, situasi semasa memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat, termasuk melibatkan kenaikan harga bahan api dan barangan keperluan.

PRN Melaka dijadualkan tamat mandat pada November ini manakala PRN Johor pula tamat mandat pada tahun depan.
 

Must Watch Video