'Tanya dia... Saya bukan calon' - Anwar Ibrahim

Sahlizah Mohamed
April 12, 2019 06:55 MYT
ANWAR: Saya tak sebut. Saya tak komen...
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau ada membuat kenyataan yang mampu menjejaskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Mohamad pada Khamis mendakwa, ada ‘cakap-cakap orang’ bahawa beliau akan menang besar
pada PRK Rantau esok.
Ia sekali gus memberi satu gambaran agar pengundi luar tidak perlu balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Menurut Anwar, komen-komen itu bukan dibuat olehnya dan meminta media agar bertanya sendiri kepada calon PH, Dr S Streram.
“Tanya dia. Saya tak sebut. Saya tak komen. Tanya calon. Macam saya pula calon,” ringkasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Kampung Felda Sendayan, Negeri Sembilan pada Jumaat.
Terdahulu, Mohamad menyifatkan ia sebagai sebagai satu reverse psychology (psikologi terbalik).
Beliau sendiri mengakui peluangnya untuk menang esok masih lagi 50/50.
BACA: BN boleh menang selesa? Jangan percaya 'reverse psychology' - Tok Mat
BACA: PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
#Anwar Ibrahim #Barisan Nasional #Calon BN #Mohamad Hasan #Pakatan Harapan #PH #PRK DUN Rantau #prk rantau #s streram