awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan pada 21 hingga 24 Mei

Bernama
Bernama
06/05/2025
22:40 MYT
Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan pada 21 hingga 24 Mei
Fuziah berkata, penyelarasan semula tarikh itu berikutan Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunaikan urusan rasmi negara. - Foto fail/PKR
KUALA LUMPUR: Tarikh pelaksanaan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025, termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita diselaraskan semula pada 21 hingga 24 Mei ini.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, penyelarasan semula tarikh itu berikutan Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunaikan urusan rasmi negara bagi menyambut ketua negara ASEAN yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei nanti.
"PKR menzahirkan penghargaan atas kefahaman dan sokongan semua pihak terhadap penyelarasan ini demi kelancaran penganjuran kongres parti yang amat penting," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, pada 21 Mei (Rabu) akan diadakan perasmian bersama AMK dan Kongres Wanita manakala Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita pula akan diadakan pada Khamis, 22 Mei.
Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei (Jumaat) manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei (Sabtu).
Beliau turut memaklumkan, segala persiapan yang melibatkan perwakilan, logistik dan pelaksanaan akan diselaraskan semula mengikut ketetapan tarikh yang terkini dan semua pihak terlibat diminta mengambil maklum dengan perubahan itu serta melakukan penyesuaian sewajarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kongres nasional PKR
#Kongres Wanita
#Presiden PKR
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami